Thursday, April 7, 2011

SMKDAHA Kekalkan Tribel Juara MSSD!

Setelah berhempas pulas berlatih, hasilnya berbaloi apabila SMKDAHA dinobatkan sebagai juara MSSD Balapan dan Padang mengalahkan 14 sekolah di Pontian. Bukan senang nak kekalkan kejuaraan selama 3 tahun berturut - turut. SMKDAHA meninggalkan SMK Dato' Yunos Sulaiman di tempat kedua dan SMK Pekan Nanas di tempat ketiga, ia menjadi kemenangan yang manis untuk diingati. Tahniah kepada semua atlet yang menang mahupun yang kalah dan guru - guru yang melatih atau guru yang menjaga padang sepanjang sukan tersebut. Berikut adalah keputusan rasmi MSSD yang berlangsung pada 28 Mac hingga 31 Mac 2011.


Pungutan Pingat bagi Kedudukan Pertama hingga Ketiga:


PASUKAN EMAS  PERAK GANGSA JUMLAH MATA
SMK Dato' Ali Haji Ahmad 20 22 17 207.5
SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman 23 19 10 202
SMK Pekan Nanas 10 15 11 130


SMKDAHA juga menjadi johan bagi:
1) Keseluruhan Perempuan 13
2) Keseluruhan Bawah 13
3) Keseluruhan Perempuan 15
4) Keseluruhan Lelaki 18
5) Keseluruhan Bawah 18


Sekali lagi, tahniah kepada semua dan SMKDAHA BOLEH!!!



Senyuman kemenangan

Peluk tiang merupakan kaedah terbaru untuk membomohkan pasukan lawan

Agihan nombor kepada peserta sebelum acara berlangsung
Sebelum acara bermula aktiviti merenung langit adalah perlu yer

Bila dah menang, segala penat lelah pun dah lupa.. :)

Lari, hantu kak limah ada kat belakang!
Nak langkah kaki kanan ke kaki kiri dulu?

Yeah, piala juara memang kitorang punya!

Saya dah baring - baring ni, bila nak amik gambo da?

Okay semua, say G!

No comments:

Post a Comment