Wednesday, March 30, 2011

Permohonan Pertukaran Guru Jun 2011

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011.

Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Jun 2011 dijangka dikeluarkan mulai 22 Mei 2011. 

Tuesday, March 29, 2011

Selamat Pengantin Baru!

Akhirnya tamatlah zaman bujang gadis idaman se-Malaya iaitu Cik Nor Hidayah Mashuri yang kini sudah bergelar title Puan pada Sabtu 26 Mac yang lepas. Majlis pernikahan telah berlangsung pada 26 Mac manakala acara resepsi pada keesokan harinya. Beliau telah dijodohkan dengan lelaki yang berjaya mencuri hatinya iaitu Mohd Noor Salihin b. Hj Muhammad. Semoga ikatan perkahwinan yang disimpul ini dapat memberi kebahagiaan kepada kedua mempelai. Tahniah Puan Hidayah!

Tahniah untuk Guru Yang Baru Dapat Baby!

Alhamdulillah, dua rakan guru di SMKDAHA telah selamat bersalin. Yang pertama ialah cikgu Nor Hazwah mendapat cahaya mata perempuan pada 20 Mac baru - baru ini manakala Cikgu Siti Husnidar pula mendapat bayi lelaki selang 2 hari selepas cikgu Nor Hazwah. Kedua - dua bayi ini merupakan cahaya mata sulung bagi kedua - dua cikgu ini. Semoga dengan kelahiran istimewa ini melengkapkan lagi keluarga bahagia yang sedang dibina, Insya-Allah. 
Wajah kiut baby memang mengujakan!~Hiasan saja tau.
 

Thursday, March 17, 2011

Keputusan SPM 2010

Perhatian kepada calon - calon SPM 2010, keputusan SPM akan dikeluarkan pada 23 Mac ini bersamaan dengan hari Rabu. Sila hadir ke sekolah pada tarikh yang ditetapkan selepas jam 10.00 pagi. Sekiranya anda mempunyai hutang - hutang yuran sekolah mahupun wang denda kehilangan buku teks atau buku perpustakaan, sila bawa wang untuk melangsaikan hutang tersebut. Jangan lupa untuk berpakaian kemas dan membawa kad pengenalan anda. Terima kasih!!

Monday, March 14, 2011

Majlis Persaraan Pengetua di Sekolah

Setelah berkhidmat selama 3 tahun di SMKDAHA, akhirnya Tuan Hj. Zini Abd Fatah terpaksa  akur dengan tempoh perkhidmatannya yang berakhir pada 23 Februari yang lalu. Satu majlis yang sederhana tetapi meriah telah diadakan dengan pelbagai persembahan menarik untuk tatapan pengetua dan para hadirin yang hadir. Persembahan diadakan berselang - seli dengan penyampaian hadiah dan cenderamata dari pelbagai kelab dan persatuan kemudian beliau melawat galeri sejarah di blok H. Pada penghujung majlis, pengetua telah punch kad untuk kali terakhir dan keluar ke perkarangan sekolah menaiki golf buggy. Kesedihan perpisahan amat dirasai terutama bagi guru - guru dan staf yang memang rapat dengan beliau. Apa - apa pun, diharap tuan pengetua dapat berehat dan menenangkan fikiran setelah bertungkus lumus berkhidmat di dunia pendidikan ini. Memandangkan banyak gambar untuk dilihat, saya masukkan dalam slide sahaja dan please enjoy!



Friday, March 11, 2011

Bola Sepak MSSD 2011

Pada 2-4 Mac yang lepas berlangsung perlawanan bola sepak MSS Daerah Pontian bawah 18 tahun yang diadakan di SMK Sri Tanjung, Benut. Perlawanan menyaksikan pertembungan yang sengit SMKDAHA dengan sekolah - sekolah daerah Pontian yang lain. Setelah melepasi saringan awal, SMKDAHA layak ke peringkat akhir dan berjaya mengalahkan SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman dengan skor 3-2 sekaligus menjadi juara. Tahniah kepada jurulatih dan para pemainnya.

Congratulation guys!

Wednesday, March 9, 2011

Maulud Nabi Peringkat Daerah

Pada 12 Rabiul Awal bersamaan 12 Februari lalu berlangsung program Maulidur Rasul peringkat Daerah Pontian yang diadakan di Masjid Jamek Pontian. Pelbagai aktiviti yang sinonim diadakan untuk program ini iaitu perarakan, ceramah dan sebagainya. Nikmati gambar - gambar pelajar kita yang mewakili SDAHA ini.




Tuesday, March 8, 2011

Perkampungan Penulis Muda 2011

Satu bengkel untuk para penulis muda yang terdiri daripada pelajar - pelajar sekolah menengah daerah Pontian telah diadakan pada 26 Januari yang lalu. Antara aktiviti sepanjang bengkel ini ialah penerangan kaedah penulisan cerpen dan sajak yang disampaikan oleh penulis jemputan dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Jom tengok gambar - gambar peserta bengkel ini.

Urusetia yang setia mengurus

Aku tak sabar nak dengar ceramah ni

Posing sebelum ceramah bermula

Penceramah jemputan dari DBP

Abang pengawas ni tekun betul


Tuesday, March 1, 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sek

21 Februari lepas SDAHA program Maulidur Rasul telah diadakan di perkarangan sekolah. Pelbagai aktiviti dilakukan seperti perarakan Maulud, dendangan nasyid dan ceramah dari penceramah jemputan iaitu En.Ismail b. Mat Ali. Semua guru dan pelajar yang hadir memanfaatkan masa ini untuk menghayati kelahiran Rasulullah S.A.W. melalui ceramah yang penuh info dan menarik. Di penghujung program, para guru dan pelajar dijamu dengan nasi beriyani yang di masak oleh guru - guru dan pelajar pada hari sebelumnya. Sape yang tak datang memang rugi la yer!
Amik gambar punya pasal potong jari pun takpe.


Macam berani je makan mentah, cuba masuk mulut ade berani tak...\:D
Tekun semuanya memotong daging
Aktiviti 'mengopi' menjadi kemestian apabila rewang
Selawat ke atas nabi, sejahtera ke atas rasul....
Ya tuan - tuan dan puan - puan, marilah cuba jamu saya selepas ini...
Penceramah jemputan yang memang tak kering gusi dibuatnya apabila mendengar dia berceramah
Agaknya cikgu Saadek cakap: moh le kita cuba jamu dia, mana tau bagus.
Ko dengar tak perut aku main gendang?