Thursday, April 28, 2011

Ceramah Kerjaya oleh MMU

Satu ceramah kerjaya telah diadakan pada 21 April yang lalu. Multimedia University (MMU) telah dijemput untuk memberi ceramah tentang membuat resume yang baik dan kaedah temubual yang betul. Diharap pelajar yang terlibat dapat mendapat manfaat dari ceramah ini. 
Saya manyak malu la cikgu
Tekun je pelajar - pelajar ni

Saya suka dengar ceramah!
 
Kalau nak pergi interview, jangan lupa mandi yer!


Wednesday, April 27, 2011

Latihan Kebakaran

Sebenarnya sudah hampir 2 tahun sekolah tidak mengadakan latihan kebakaran. Maka, untuk tahun ini, sekolah terpanggil untuk mengadakan latihan ini sebagai latihan pencegahan. Oleh itu, satu latihan kebakaran telah diadakan pada 20 April bersamaan hari Rabu pada jam 9.30 pagi. Bunyi loceng yang panjang telah dibunyikan dan semua pelajar termasuk guru perlu ke padang untuk berkumpul. Setelah berkumpul, taklimat ringkas diberi oleh pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia Cawangan Pontian dan menyatakan bahawa semua pelajar dan guru telah rentung kerana mengambil masa selama 12 minit untuk berkumpul, sedangkan masa maksimum untuk menyelamatkan diri ialah 4 minit sahaja. Wah, teruk rekod tu. Nampaknya kita kena berlatih lebih gigih lagi *lari pecut* supaya dapat capai 4 minit sahaja. Fiuh!

Antara pegawai bomba yang sudi hadir membantu... si baju oren tu pun nak enterprem huhu...

Macamana tak rentung, jalan lenggang kangkung jer..

Ada juga mangsa yang hangit terbakar

Yeah... akan ku sebat budak yang main - main ni....

Yea... pakcik monang moto.. eh menang pemadam api!

Mana lagi anak murid aku ni...

Nak marah budak pun tak jadi bila tengok senyuman manis cikgu2 ni.. :D

Cikgu pulak yang menjawab soalan dengan betul... mane para pelajar ni?

Kita tuangkan minyak lepas tu masukkan bawang yang dihiris yer...

Rumah terbakar panggil bomba.. bomba datang berlumba - lumba...

Jangan lupa kacau yer puan - puan....

Bomba belum sampai tapi dah ada orang tolong padamkan...

Cikgu Nabila ni macam nak siram pokok jer...

Terima kasih daun keladi... tahun depan datang la lagi...
 

Tuesday, April 26, 2011

Pelancaran Bulan Sains dan Matematik 2011

Bulan Sains dan Matematik telah dilancarkan pada 11 April yang lalu. Pelbagai aktiviti yang menarik menanti para pelajar antaranya Sudoku, Scrabble Math, Kuiz, Solar Boat, Rocket dan bermacam - macam lagi. Kepada para pelajar yang berminat, sila cari guru Sains dan Matematik anda ye. Hadiah yang menarik dan sijil penyertaan bagi mereka yang turut serta. 

Ucapan pembukaan

Ucapan dari Ketua Bidang

Ucapan dari Cik Mahidah Pemangku Pengetua
Kalau tengok dari angle yang berbeza, awak boleh nampak pelangi yer
Aku rasa dah macam malam raya plak main bom umah orang

Macam - macam paten roket depa ni

Tak sangka, serius betul pelajar ni cipta roket

Roket - roket beratur menunggu untuk dilepaskan

Macam ni la pasangnye

Majlis Perpisahan Ketua Bidang Bahasa

Setelah 9 tahun berkhidmat di SMKDAHA, Cikgu Siti Hadijah Sunok terpaksa meninggalkan SMKDAHA kerana dinaikkan pangkat menjadi Guru Penolong Kanan di SMK Ayer Baloi. Sehubungan dengan itu, satu majlis perpisahan telah diadakan pada 31 Mac di Dataran Ilmu. Berikut merupakan biodata beliau:


Nama penuh : Pn. Hjh Siti Hadijah bt Sunok
Lahir : 6 Februari 1961 di Pontian, Johor.
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, pengkhususan Bahasa Melayu dan Sastera (UPM)
Pengalaman mengajar
4 Julai 1985 ~ SMK St. Columbia, Miri, Sarawak
1 Januari 1986 ~ SMKA Syeikh Hj. Othman Abdul Wahab, Matang, Kuching, Sarawak
1 Disember 1991 ~ SMK Taman Seraya, Ampang, Selangor
1 Januari 1998 ~ SMK Kayu Ara Pasong, Pontian (GPK HEM)
1 Ogos 2002 ~ SMK Dato' Ali Haji Ahmad (Ketua Bidang Bahasa)


Semoga Cikgu Hadijah gembira di tempat baru dan jangan lupa kami di sini okay!


Penat dah aku pegang tiang ni... mana orang lain eh?

Sedihnya cikgu nak pindah dah....
Ucapan dari wakil pelajar Cina


Ucapan wakil pelajar India dalam Bahasa Inggeris

Ucapan dalam Bahasa Melayu

Ucapan Pemangku Pengetua

Ucapan orang yang diraikan


Sebak sungguh Cikgu Bahtiar nampaknya
Menerima cenderamata dari Cik Mahidah

Assolatuwassalam sebelum berpisah
Bye - bye my students, I have to go... sob.. sob...

Monday, April 25, 2011

Pelancaran Program NILAM

Program NILAM telah dilancarkan pada 28 Mac yang lalu di Dataran Ilmu. Program ini menggalakkan semua pelajar supaya rajin membaca buku di samping menambah ilmu pengetahuan seiring dengan moto NILAM iaitu Nadi Ilmu Amalan Membaca. Memandangkan musim peperiksaan yang akan mendatang, maka para pelajar diseru untuk membaca buku dan mengulangkaji pelajaran supaya mendapat keputusan yang cemerlang.


Cerita ni dah lame, sebab tu cikgu Khadijah pun ada lagi... huhu...

 






Sunday, April 24, 2011

Just For Laugh!

Meh kita release tension dengan lawak jenaka ye... take a break!

Lawak 1
Di sekolah tabika.
Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya....

Lawak 2
Sorang nurse di hospital sakit jiwa nampak sorang pesakit sedang tulis surat.
Nurse : Ko tulis surat kt sapa?
Gila : Aku tulis surat untuk diri aku sendiri.
Nurse : Jadi.. apa yang ko tulis?
Gila : Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca.

Lawak 3
Ada seorang pemuda ke kedai mamak dia hanya ada 70 sen semasa itu.
Pemuda : Mamak berapa harga teh panas deengan sejuk?
Mamak : Panas 70 sen sejuk RM1.20.
Pemuda :! Bagi teh panas 1.
Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum.
Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat?
Pemuda : Kalau saya tunggu lama2 nanti sejuk tak fasal2 saya kena bayar RM1.20.
Kihkihkih... Ini macam punya orang pun ada ker...


~Why so Serious?? Chill Out~

Saturday, April 23, 2011

Bola Keranjang MSSD 2011

SMKDAHA telah menghantar wakil ke pertandingan Bola Keranjang MSSD 2011 anjuran SMK Benut yang berlangsung pada 6 - 7 April yang lalu bertempat di SJKC Lok York. Pasukan ini diiringi oleh Cikgu Tan Yu Heng dan Cikgu Ko Yu Joo. Kedua - dua pasukan Lelaki 18 dan Perempuan 18 gagal untuk meraih sebarang tempat namun itu janganlah bersedih dan cuba lagi pada masa akan datang. Chaiyok!
Ok yang depan kaki pasang kuda-kuda

No.49, ada ong tak?

Main nanti jangan pakai selipar ok?

Wednesday, April 20, 2011

Tahniah untuk Guru Yang Baru Dapat Baby! Ver: 2

Kali ini cikgu Chin Pek Lian dan Cikgu Wan Noor Azilawati pula mendapat baby. Cikgu Chin bersalin pada 8 April yang lalu dan mendapat baby girl manakala Cikgu Wan juga mendapat baby girl tetapi bersalin pada 14 April. Kedua - dua baby tersebut merupakan cahaya mata sulung mereka. Kami warga SMKDAHA mengucapkan tahniah dan semoga kelahiran baby ini dapat memberi kebahagiaan kepada keluarga tercinta. 
~Pening juga jadi dewasa yer... hiasan saje~
 

Karnival Bahasa Cina Peringkat Daerah 2011

Pada 2 April juga telah berlangsung Karnival Bahasa Cina peringkat daerah Pontian yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Cina Daerah yang berlangsung di SMK Seri Perhentian. Pelbagai acara dipertandingkan dan SMKDAHA berjaya mendapat tempat keempat dan saguhati bagi Pertandingan Mendeklamasi Sajak, saguhati bagi pertandingan kaligrafi dan tempat kedua bagi kuiz. Macam biasa, buat yang lebih baik pada masa akan datang ok!

Best betul cerita cikgu ni...

Praktis angkat langit

Dengar saya cakap ni, jangan tido pulak

Dengarlah luahan perasaan hatiku ini

Kalau aku tutup LCD ni orang marah tak?