Saturday, September 18, 2010

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin.. Ucapan dari semua warga SDAHA..


 Pantun Raya

Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Buah pauh ditengah bendang
Jadi dagangan ditengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Sungguh rendang pohon rumbia
Tempat persinggahan sianak kera
Ketupat rendang sudah tersedia
Jemputlah semua menjamu selera

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Negara kita aman sentosa
Jangan dilupa orang terinyanya
Makan sudah baju bergaya
Orang fakir jangan dilupa

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdetum detam
Riang gembira dihari raya

Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di hari raya
Bermaaf-maafan riang gembira

Menyeberang lautan melintas negeri
Terbang jauh dari Itali
Datuk nenek muka berseri
Anak cucu telah kembali

Gua Niah pintunya lebar
Dayak dusun jadi penjaga
Datuk nenek tidak tersabar
Kuih tersusun di atas meja

Memukul gendang pelbagai gaya
Amat meriah riang gembira
Ramai bertandang di hari raya
Tersenyum riang sanak saudara

Saturday, September 4, 2010

Selamat Bercuti

SDAHA mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga SDAHA. Hati-hati di jalan raya, pandu dengan selamat. Semoga sampai ke destinasi yang dituju dengan kegembiraan.

Pameran Sejarah Kemerdekaan

Telah diadakan pameran sejarah sempena kemerdekaan di bilik sejarah. Sebanyak 278 keping gambar foto sejarah telah dipamerkan hasil daripada internet dan gambar peribadi koleksi Guru Cemerlang Sejarah iaitu En. Bahtiar Sukkor. Pameran ini diharap dapat menyemai semangat jati diri dalam diri setiap pelajar supaya lebih cintakan negara.