Thursday, October 28, 2010

ICT Innovation Day, SDAHA 1st Runner Up

Pada 28 Oktober 2010 yang lalu, Universiti Teknologi Malaysia telah menganjurkan ICT Innovation Days. SDAHA telah mengambil tempat dalam blogging competition. Sebanyak 17 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini. Team SDAHA yang diwakili oleh Adib Iqbal, Muhammad Amirul Asyraf, Muhammad Syahmi, Sarah Emilia dan Nurul Najihah telah berjaya mendapat kedua. Tempat pertama dimenangi oleh SMK Sri Rahmat, ketiga- SMK Tun Habab dan keempat SMK Tun Fatimah. Terima kasih diucapkan kepada cikgu Hurun Ain dan Norfikri yang telah bertungkus lumus membantu.


Tuesday, October 26, 2010

Lawatan Ke Negeri Penyu

Memandangkan pelajar tingkatan 3 telah menduduki PMR, maka satu lawatan sambil belajar telah diadakan ke negeri [penyu bertelur iaitu Terengganu. Bas bertolak pada malam 22 Oktober dan tiba pada pagi 23 Oktober. Lawatan selama 3 hari 2 malam ini diisi dengan pelbagai aktiviti menarik sambil melawat tempat menarik antaranya, muzium negeri, masjid terapung dan arfa batik.




Syabas! SDAHA Johan Boling

Pada 23 Oktober , telah berlansung Pertandingan Tenpin Boling Terbuka MSSD Pontian. Bagi lelaki bawah 14, pasukan SDAHA telah mendapat tempat pertama, kedua dan keenam. Bagi katregori bawah 16 pula, pasukan perempuan telah mendapat tempat pertama dan kedua, manakala pasuka lelalaki mendapat tempat kedua dan keempat.Tahniah diucapkan kepada team SDAHA dan guru-guru yang terlibat iaitu En. Zahiruddin, En. Norfikri dan En Fuad Ramlan. Semoga SDAHA terus maju dalam bidang sukan.

Thursday, October 21, 2010

Rugby Piala PPD Kulai CIMB, Cobra dan JRU

Pada 17 Oktober 2010 yang lalu, bertempat di padang SMKDAHA, pertandingan Rugby Piala PPD Kulai telah dianjurkan. Dalam perlawanan ini, SDAHA telah merangkul juara dalam kategori Bowl . Tahniah diucapkan. Semoga team Rugby SDAHA terus maju dan maju.



PTK

Pada 16 Oktober 2010 yang lalu, sekali lagi guru-guru menduduki ujian Penilaian Tahap Kecekapan dipusat peperiksaan SMK Benut. Kemungkinan besar PTK ini adalah ujian terakhir sebelum dimansuhkan pada Jun tahun 2011. Semoga berjaya diucapkan.

Wednesday, October 13, 2010

Pemulangan Buku Teks Tingkatan 3

Pelajar tingkatan 3 telah tamat menduduki peperiksaan PMR pada 12 Oktober yang lalu.. Maka bermula 14 Oktober pelajar-pelajar tersebut dimint a memulangkan buku teks yang telah dipinjam. sekiranya terdapat kehilangan atau kerosakan pada buku teks tersebut, denda akan dikenakan.

Tuesday, October 5, 2010

Kelas dicutikan

Untuk makluman semua, beberapa kelas dicutikan bagi memberi laluan kepada pelajar PMR. Ini kerana beberapa kelas digunakan sebagai pusat peperiksaan. Seramai 28 orang guru juga telah ditugaskan sebagai pengawas peperiksaan di sekolah-sekolah lain.

Selamat Menghadapi PMR

Pelajar Tingkatan 3 sedang menduduki peperiksaan PMR bermula pada 5 Oktober hingga 12 Oktober. Semoga berjaya diucapkan. Diharap pelajar dapat menjawab dengan bersungguh-sungguh kerana kejayaan pelajar adalah kejayaan untuk semua. Amin..

Solat Hajat

Pada 1 Oktober yang lalu telah diadakan solat hajat beramai-ramai di dewan SDAHA. Solat hajat ini bagi mendoakan kejayaan pelajar SDAHA yang akan menduduki peperiksaan PMR bermula pada 5 Oktober hingga 12 Oktober serta pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi.