Monday, April 26, 2010

MSSD SDAHA Unggul



Antara Atlit yang Mengambil Bahagian 

SEKALI LAGI SEKOLAH KITA TELAH DIBERI PENGHORMATAN MENJADI TUAN RUMAH KEPADA SUKAN PERINGKAT DAERAH.
TAHNIAH KEPADA SEMUA ATLIT SMKDAHA YANG BERJAYA MENGHARUMKAN SEKOLAH DI PERINGKAT DAERAH. DENGAN KEDUDUKAN NO 1 DALAM MSSD DAN RREKOD YANG BERJAYA DICIPTA DAN DIPECAHKAN OLEH OLAHRAGAWAN DAN OLEHRAGAWATI, IA MERUPAKAN KENANGAN MANIS UNTUK PIHAK SEKOLAH TERUTAMA KEPADA PENGETUA SEKOLAH KITA PADA TAHUN INI
TAHNIAH DAN SEMOGA SMKDAHA TERUS CEMERLANG

Seminar Bijak Belajar



Pada 27 Feb 2010, pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Dato Ali Hj. Ahmad telah menganjurkan satu seminar iaitu Seminar Bijak Belajar 2010. Seminar ini telah 250 peserta telah menyertai seminar tersebut yang telah diadakan di Dewan SMK Dato’ Ali Hj Ahmad. Penceramah jemputan pada seminar itu ialah Dr. Shukri b. Abdullah, seorang pakar motivasi dalam bidang kecemerlangan pelajar. Tujuan seminar tersebut diadakan adalah untuk mendedahkan strategi pembelajaran yang efektif disamping dapat member keyakinan kepada para peserta untuk mencapai kejayaan dengan cemerlang.
Diharapkan para peserta dapat memanfaatkan seminar tersebut dan dapat mengamalkan teknik pembelajaran yang diberikan secara berkesan, disamping dapat meningkatkan prestasi.

Kejohanan Olahraga SMKDAHA 2009


Pada 25 Feb 2010. di SMKDAHA telah berlangsung kejohanan Olahraga kali ke-38. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh wakil daripada Timbalan Menteri Belia dan Sukan iaitu Datuk Wee Jeck Seng. Pada kejohanan olahraga pada kali ini, rumah Bendahara telah muncul mrnjadi johan diikuti pula rumah Perwira di tempat ketiga. Bagi acara perbarisan, rumah sukan Syah Bandar dan bagi badan beruniform dimenangi oleh Unit Pengangkap.
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERJAYA

Merentas Desa


Pada 6 Februari lalu, SMKDAHA mengadakan acara merentas desa peringkat sekolah.

Acara ini desertai oleh pelajar tingkatan satu hingga lima mengikut katagori masing-masing. Acara tersebut bermula pada jam 8 pagi. Pelajar berkumpul mengikut rumah masing-masing dan dilepaskan mengikut katagori. Laluan setiap katagori adalah berbeza. Peserta yang terlibat diberikan nombor oleh guru rumah sukan masing-masing.

Sebelum dilepaskan, pelajar dikehendaki melakukan pemanasan badan untuk mengelakkan berlaku kecederaan. Acara ini bermula dengan pelajar 18 tahun dan seterusnya 15 dan 13 tahun. Pada jam 10.30 pagi, Majlis penyampaian hadiah bermula untuk member pingat kepada pemenang.

Tepat pada jam 12 tengah hari, semua bersurai. Akhir sekali, pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada warga SDAHA yang menjayakan program sukan ini.

Kecemerlangan SPM



Pada tahun ini, keputusan SPM sekolah kita mencapai peningkatan iaitu 74 % pada tahun ini. Sebanyak 16 dari 18 mata pelajaran mencapai peningkatan dan 2 mata pelajaran mencapai 100% lulus.
Pada tahun ini seramai 25 orang pelajar cemerlang dengan seorang perfect score 10 A.
Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya.

PELAJAR CEMERLANG 2009 (TAHNIAH)
1. HOE HUI HUANG(10A)
2. TAN TECK LONG (9A2B)
3. GWEE YUN XIAN(9A1B)
4. TEE JIN WEI (9A1B)
5. QAZREEN SYAQIRA HAMDAN (9A1B)
6. NORSHAMIMI JAAFAR(8A1B)
7. LOH JING YI(8A3B)
8. MOHD NURFIKRI BASAR (8A)

APC 2009

Senarai penerima APC 2009
En Mohd Zaini Ali
Tn. Hj Mohd Saadek B. Madi
En. Zulkifli Ismail
En. Ahmad Zulkhibri B. Hamsin
Pn. Siti Salwani Lokman
Cik Ong Chung Sien
Pn. Yeo Say Lee

Senarai penerima APC 2009 dan anjakan gaji 2010
En. Mohd Yazid B. Fadilah
En. Norikhwan B. Abd Hafni
Pn. Nor Azwa Masiran

Senarai penerima anjakan gaji 2010
En. Ismadi Ismail
En. Ko Yu Joo
Pn. Rosmahwati Dollah
Pn. Samijah Sajab
Pn. Noor Izwati Salihun

Program Buka Minda



Pada 11 januari yang lalu, sekolah kita telah mengadakan program buka minda yang turut melibatkan beberapa guru iaitu Ms. Ong, Pn. Rofiah, Pn Murshidah,Tn Hj Iskandar dan En. Arman. Pelajar-pelajar yang terlibat ialah pelajar dari Tingkatan 5 Perdana sehingga 5 Sains 2. ceramah ini berlangsung selama 2 jam 50 minit. Pada ceramah ini, pihak sekolah telah mengundang En Rizalman yang merupakan seorang pemuda yang telah berjaya dalam hidup dan mempunyai aset bernilai 1.5 juta Beliau juga merupakan seorang bekas pelajar sekolah SMKDAHA ketika tingkatan 1 hingga 3. sewaktu PMR, beliau berjaya memperoleh 8A lalu melanjutkan pelajaran ke sekolah teknik. Tahniah diucapkan di atas kejayaan beliau dan semoga ia menjadi dorongan untuk pelajar SMKDAHA yang lainnya

Program Bijak Bahasa


Pada tahun ini, Persatuan Bahasa Melayu mengadakan program bijak bahasa bagi member pengetahuan kepada pelajar berkaitan dengan peribahasa.
Dalam program ini, seorang pelajar dari kelas tertentu akan dipilih oleh guru bahasa melayu mereka untuk menyatakan peribahasa yang dipilih oleh mereka berserta penggunaannya yang tepat dalam ayat.
Semua pelajar pula dikehendaki mencatat simpulan bahasa yang dinyatakan dalam buku “Bijak Bahasa”. Bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan program, semua guru bahasa perlu memeriksa catatan yang dibuat oleh pelajar mereka di dalam kelas dabahasa Melayu.

Dari Bilik Guru


Pada tahun ini kelab Bilik Guru yang dipengerusikan oleh En.Bahtiar Sukkor dan dibantu oleh jawatankuasa dibawahnya telah merancang beberapa aktiviti bagi semua ahlinya. Antara ialah


1. PROGRAM RUTIN

2. PROGRAM DEVELOPMENTAL

-Sambutan Hari Guru -Kuih teriak

-Jamuan berbuka puasa -Sukan / Permainan

-Jamuan Hari Raya 3. LAWATAN

-Jamuan akhir tahun - Sosial

-Majlis perpisahan/pindah - Semi Sosial

-Derma kebajikan 4. KONVOI CUTI-CUTI MALAYSIA/ HARI KELUARGA

SEMOGA SEMUA AHLI BERPUAS HATI. SEBARANG CADANGAN SILA LAH NYATAKAN KEPADA TUAN PENGERUSI

Kecemerlangan PMR

Antara Pelajar Cemerlang PMR

Pada 11 Januari 2010, Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar PMR telah diadakan di Dataran Ilmu. Majlis turut menjemput ibu bapa pelajar terbabit bagi menunjukkan penghargaan pihak sekolah di atas kejayaan anak mereka. Pelajar tersebut ialah :
8A-Hanisah bt Shafie, Nur Aisyah Zainuddin, Tan Shao Tieng dan Nor Amen binti Zainuddin
7A-Kong Sung Phng, Muhamad Adib Rinalto, Ang Chin Ting, Lim Kai Jing, Najwa Ismail, Tan Lee Min, Teng Hui Siang
6A-Lau Ke Shuang, Nur Syazwina Idayu Mohd Nazri, Nurfazlina Zawawi dan Muhammin Nur Ariffa Muhammad

Tahniah! Johan Kuiz Kimia Kebangsaan Malaysia


Gambar Hoe Hui Huang menerima sijil daripada Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi

Tahniah diucapkan!

Selepas meraih tempat kedua dalam Pertandingan Fizik Kebangsaan 2009 Peringkat Menengah. Hoe Hui Huang pelajar tingkatan 5 Perdana, sekali lagi telah mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan, di mana dia telah mendapat Johan Kuiz Kimia Kebangsaan Malaysia 2009.
Tahniah diucapkan buat Hoe Hui Huang.

Selamat Datang


Antara Guru-guru Baru
Pada tahun ini, SDAHA temah menerima seramai 12 orang tenaga pengajar yang baru. Enam orang berada di sesi pagi dan enam orang di sesi petang. Guru-guru tersebut adalah En. Andek Ahmad Yusof, Cik Azuriana, Pn. Lee Zune Pet, Pn. Nadsuha Azmy, Pn. Nor Amidah Md. Amin, Pn. Nurhasliza Ismail, En. Arbaen Mohd, Hanaffi, Pn. Aznah Salim, En. Daing Mahathir Chaichok, Pn. Jamiatul Karima Mohd. Karim, Pn. Nor Asilah Ajmain, dan Cik. Rashidah Md. Omeran.