PROFIL

Bangunan Blok Pentadbir dan Pejabat SDAHA

Kategori : Bandar


Gred : A


Lokasi :
Jalan Sekolah Arab,
82000 Pontian, Johor


Sesi : Pagi dan Petang


Jumlah Pelajar :  1997 orang
59 ( Kelas)
1083 orang (Pelajar Lelaki)
914 orang (Pelajar Perempuan)


Jumlah Guru : 124 orang (sehingga 1 Januari 2013)
Gred DG1-5 (DG 52) - 1 orang
Gred DG1-4 (DG 48) - 17 orang
Gred DG1-2 (DG 44) - 50 orang
Gred DG1-1 (DG 41) - 52 orang
Gred DG2-2 (DGA32) - 3 orang
Gred DG2-2 (DGA34) - 1 orang
Staf Bukan Guru :19 orang



Logo SDAHA


1. Bulatan, melambangkan pekerja-pekerja dan murid-murid sekolah ini yang terdiri daripada pelbagai kaum sentiasa bekerjasama dan bersatu padu.
2. Gambar buku yang yang terbuka di dalam bulatan, melambangkan pendedahan ilmu pengetahuan.
3. Gambar dalam buku sebelah kanan, melambangkan hasil utama daerah Pontian:
a) Ikan, melambangkan hasil perikanan dan penternakan
b) Daun monokotiledon dan dikotiledon, melambangkan hasil tanaman.
4. Obor di tengah bulatan, melambangkan semangat kesukanan dan kebaktian.
5. Gambar dalam muka buku sebelah kiri, melambangkan sains dan teknologi.
6. Angka 1969 dalam bulatan, menunjukkan sekolah ini mula dibuka dalam tahun 1969 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Inggeris.
7. Pada keseluruhannya bulatan dan penopang di bawahnya, melambangkan wajah yang sentiasa senyum gembira.
8. Rekabentuk logo yang disusun rapi begitu rupa melambangkan disiplin.


COGAN KATA 

Bersatu  Murid-murid SMK DAHA yang terdiri daripada berbilang kaum mestilah bersatu padu dalam segala kegiatan di sekolah terutamanya dalam bidang akademik


Berdisplin  Murid-murid SMK DAHA mestilah mendisiplinkan dirinya mengikut kehendak dalam prinsip ”Rukun Negara” untuk menjadi seorang rakyat yang berguna dan patuh kepada kehendak negara,khususnya kehendak dan peraturan
SMKDAHA.


Berbakti  Murid-murid SMK DAHA sama ada ketika masih didalam persekolahan atau selepas meninggalkan zaman persekolahan hendaklah berbakti kepada negaranya, Malaysia termasuk keluarga,masyarakat dan persekolahan 
_____________________________________________________________________
 
VISI SEKOLAH
SMK DAHA Akan Menjadi Sekolah Terunggul Penjana Generasi Terbilang
MISI SEKOLAH
SMK DAHA Akan Membangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti


HARAPAN SEKOLAH

Warga SMK DAHA akan berusaha:
  • Memastikan pencapaian akademik sentiasa cemerlang
  • Melibatkan semua pelajar dalam aktiviti kokurikulum
  • Memupuk sahsiah dan nilai murni dalam jiwa pelajar
  • Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang telus dan tulus
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif
  • Pelajar suka ke sekolah
VISI GURU
Memberi perkhidmatan cemerlang dan berkesan kepada murid dan warga sekolah
VISI MURID
Menjadikan SMK DAHA sekolah harian terbilang di Pontian
MISI MURID
  • Mempunyai wawasan dan sikap terpuji
  • Mampu menjana keupayaan intelek secara maksima
  • Cemerlang dalam akademik, sahsiah, kokurikulum dan lain - lain kegiatan
  • Mendengar dan mengikut kata - kata guru dan ibubapa
  • Fokus semasa belajar
  • Belajar di rumah setiap hari
SEJARAH
SMK Dato' Ali Haji Ahmad diambil sempena nama Dato' Ali Haji Ahmad. Beliau dilahirkan di Kampung Rambah, Pontian pada 29 Jun 1930. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Rambah. SMKDAHA telah mula dibuka pada tahun 1969 dengan nama Sekolah Menengah Inggeris. Tahun 1981 sekolah diberi nama baru iaitu Sekolah Dato' Ali Haji Ahmad Pontian sebagai mengenang jasa Allahyarham bekas Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia.