Monday, August 30, 2010

Majlis Berbuka Puasa dan Sambutan Kemerdekaan SDAHA 2010

Pada pagi 30 Ogos, SDAHA telah mengadakan beberapa acara di pagi perhimpunan. Antaranya nyanyian lagu patriotik, bacaan sajak dan ceramah oleh tetamu jemputan.

Pada malam 30 Ogos yang lepas, sempena bulan Ramadhan, SDAHA telah mengadakan majlis berbuka puasa di kantin SDAHA. Majlis ini dapat mngeratkan silaturrahim sesama guru di SDAHA. Selepas berbuka puasa, diadakan solat Terawih berjemaah setelah solat Isya'. Selain solat Terawih, juga diadakan Tadarus Al-Quran, Qiamullail dan bersahur beramai-ramai.

Selepas solat terawih, bagi menyambut ambang kemerdekaan 31 Ogos, SDAHA telah mengadakan kayuhan basikal smbil beramal. Kayuhan bermula dari sekolah , taman-taman di sekitar SDAHA sehingga ke kampung berdekatan. beberapa keluarga yang berpendapatan rendah telah dipilih untuk menerima sedikit sumbangan ikhlas dari pihak sekolah.

Saturday, August 28, 2010

Ramadhan Al- Mubarak

Di kesempatan ini, semua warga SMKDAHA ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua. Semoga tahun kita semua dapat bersama-sama  mengambil berkat bersempena bulan yang mulia dan diberkati  ini. Amin...

POLO Berbasikal



Pada tahun ini, sekolah kita melangkah maju setapak lagi dalam bidang sukan dengan melibatkan diri buat pertama kali dalam sukan polo berbasikal. sukan ini diperkenalkan oleh Cik Rosidah Hj Abd Sani. Buat pengetahuan semua, SDAHA merupakan sekolah kedua di daerah pontian yang melibatkan diri dalam sukan yang mencabar ini.
Pada 16-18 Julai 2010, SDAHA telah menghantar wakil ke Pulau Karimun Indonesia atas jemputan pihak penganjuran sukan polo berbasikal. GPK1, Cik Mahidah Kosnan, Cik Hanim Mohamed dan Cik Rasidah telah menjadi guru pengiring ke sana.



Monday, August 23, 2010

Program Pemberian Netbook 1 Malaysia

Program Pemberian Netbook 1 Malaysia kepada pelajar sekolah di bawah perlaksanaa Jalur Lebar Kebangsaan (NBI). SDAHA telah mendapat peruntukan netbook sebanyak 230 buah.

Soalan Lazim

1) Siapa yang menentukan pemilihan murid?
Jawapan : Penyelarasan pemilihan murid diperolehi dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana keutamaan pada murid yang mempunyai latarbelakang pendapatan isi rumah bernilai kurang RM 3,000.

2) Bolehkan sekolah menukar penerimaan netbook kepada murid lain?
Jawapan : Tiak boleh tetapi bergantung kepada kelulusan SKMM.
3) Adakah sebarang bayaran dikenakan dalam program pemberian Netbook 1Malaysia secara percuma ini?
Jawapan: Netbook yang diberi adalah PERCUMA tetapi setiap murid yang bersetuju menerima pemberian ini WAJIB melanggan pelan jalur lebar yang akan dijelaskan semasa taklimat dengan kadar minimum bagi tempoh 2 tahun.

4) Sekiranya murid tidak mahu melanggan lebar jalur apakah implikasinya kepada pemberian ini?
Jawapan : Sekiranya murid tidak mahu melanggan lebar jalur yang disediakan dalam pakej pemberiaan ini murid berkenaan TIDAK LAYAK menerima. Pemberian akan ditarikbalik oleh SKMM.

5) Apakah peranan SKMM?
Jawapan : SKMM akan menjadi penyelaras pengagihan netbook berkenaan serta untuk membuat latihan kepada murid di lokasi Pusat Komuniti Jalur Lebar. Pihak SKMM juga akan bertanggungjawab sepanjang tempoh warranti.

6) Apakah yang akan berlaku sekiranya murid tamat persekolahan.
Jawapan : Netbook akan menjadi hakmilik murid selepas tempoh 2 tahun. Tidak perlu dikembalikan ke sekolah.

7) Adakah netbook akan digunakan dalam kelas P&P?
Jawapan : Tidak, pemberian netbook adalah utk menjayakan KPI Perdana Menteri dalam mencapai 1 isi rumah, 1 komputer. Walaubagaimanapun sekiranya ianya perlu digunakan dalam P&P tertakluk kepada sekolah.

8) Adakah murid yang tersenarai wajib menyertai program ini?
Jawapan: TIDAK. Murid mempunyai pilihan sama ada untuk menyertai atau tidak program ini.

9) Adakah perjanjian itu melibatkan pelajar sahaja?
Jawapan: Perjanjian tersebut perlu ditandatangani oleh ibu/bapa/penjaga pelajar tersebut. Oleh itu, ibu/bapa/penjaga perlu hadir bersama pada sesi taklimat oleh SKMM.

10) Adakah pihak sekolah terlibat dalam program ini samada dari segi kutipan bayaran langganan dan sebagainya?
Jawapan: Pihak sekolah tidak terlibat secara terus dalam program ini kecuali sebagai saluran penyampaian maklumat daripada SKMM kepada murid yang layak. Segala pembayaran dan waranti adalah di bawah tanggungjawab SKMM.

Sunday, August 22, 2010

Pelupusan Aset Makmal Komputer

Makmal Komputer SDAHA telah mendapat gantian baru setelah aset diluluskan untuk pelupusan. Oleh itu, pada Khamis yang lepas AJK Makmal Komputer bersama-sama kakitangan HANITA telah bergotong royong membersihkan makmal dengan mengalihkan meja-meja komputer yang lama ke bilik-bilik khas. Untuk makluman semua, makmal komputer SDAHA telah mendapat gantian untuk perkakasan berikut:

1. Server
2. CPU dan Monitor
3. Printer
4. Meja
5. LCD Projector

Selain itu rangkaian LAN SDAHA juga telah dinaik taraf kepada kabel fiber optik iaitu catt 6. Kemudahan rangkaian ini boleh didapati di beberapa lokasi sekolah iaitu Bilik Guru, Bilik SPBT, Bilik Peperiksaan, Bilik HEM, Bilik PPSMI, Bilik Kaunseling, Sanggar Muafakat dan Sanggar Ilmu. Diharap semua guru dapat memanfaatkan kemudahan yang diberi.

Monday, August 16, 2010

Iskandar Malaysian Rugby Challenge 10's 2010

Tahniah diucapkan kepada pasukan rugby SDAHA kerana telah mengharumkan nama sekolah dalam Iskandar Malaysian Rugby Challenge 10's 2010. SDAHA di bawah bimbingan Cikgu Abdul Aziz Che Yusuf, Cikgu Isma Haniff Esa, cikgu Norikhwan Abdul Hafni dan cikgu Arbaen telah memberi sokongan padu kepada team rugby SDAHA hingga dapat merangkul gelaran juara dengan mengalahkan SMK Laksamana. Tahniah!

Program Landskap Malaysia

Pada 31 Julai yang lepas, SDAHA telah menghantar wakil untuk program Landskap Malaysia di Kampung Peta, Endau Rompin. Program ini bertujuan menanam kesedaran tentang pentingnya tumbuh-tumbuhan dalam perseimbangan ekosistem.