Saturday, December 25, 2010

Keputusan PMR 2010

Pada 23 Dis yang lalu, keputusan PMR 2010 telah diumumkan dan SDAHA telah memperoleh keputusan yang memberangsangkan bagi 5 tahun kebelakangan ini. Seramai 2 orang pelajar yang telah mendapat keputusan 8A iaitu:

1)   Puteri Dhaniyah Izzati bt. Salahuddin
2)   Nur Hazwani bt. Mohd Halid
Tahniah diucapkan! 
Lihatlah wajah - wajah ceria ketika calon - calon mengambil keputusan mereka.


Sunday, November 28, 2010










15/11/2010 yang lepas telah diadakan Majlis akhir Tahun bagi kakitangan guru dan bukan guru SMKDAHA di Tanjung Piai. Pelbagai aktiviti disediakan, termasuklah persembahan band pelajar, dan cabutan bertuah. Majlis tersebut juga adalah untuk meraikan guru yang berpindah. En. Hatta Mohamad ke PPD bahagian Peperiksaan, Cik. Ching Ling Ling ke Pulau Pinang, Pn. Anita ke Melaka, dan Pn Hurun Ain ke SMK Sri Lalang Kluang.. Selamat bertugas di tempat baru.

Thursday, November 18, 2010

Penyampaian Sijil dan Jamuan Akhir Tahun

Pada 14/10/2010, telah diadakan majlis jamuan bagi pustakawan tingkatan 5 serta penyampaian sijil penghargaan kepada mereka.






Thursday, October 28, 2010

ICT Innovation Day, SDAHA 1st Runner Up

Pada 28 Oktober 2010 yang lalu, Universiti Teknologi Malaysia telah menganjurkan ICT Innovation Days. SDAHA telah mengambil tempat dalam blogging competition. Sebanyak 17 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini. Team SDAHA yang diwakili oleh Adib Iqbal, Muhammad Amirul Asyraf, Muhammad Syahmi, Sarah Emilia dan Nurul Najihah telah berjaya mendapat kedua. Tempat pertama dimenangi oleh SMK Sri Rahmat, ketiga- SMK Tun Habab dan keempat SMK Tun Fatimah. Terima kasih diucapkan kepada cikgu Hurun Ain dan Norfikri yang telah bertungkus lumus membantu.


Tuesday, October 26, 2010

Lawatan Ke Negeri Penyu

Memandangkan pelajar tingkatan 3 telah menduduki PMR, maka satu lawatan sambil belajar telah diadakan ke negeri [penyu bertelur iaitu Terengganu. Bas bertolak pada malam 22 Oktober dan tiba pada pagi 23 Oktober. Lawatan selama 3 hari 2 malam ini diisi dengan pelbagai aktiviti menarik sambil melawat tempat menarik antaranya, muzium negeri, masjid terapung dan arfa batik.




Syabas! SDAHA Johan Boling

Pada 23 Oktober , telah berlansung Pertandingan Tenpin Boling Terbuka MSSD Pontian. Bagi lelaki bawah 14, pasukan SDAHA telah mendapat tempat pertama, kedua dan keenam. Bagi katregori bawah 16 pula, pasukan perempuan telah mendapat tempat pertama dan kedua, manakala pasuka lelalaki mendapat tempat kedua dan keempat.Tahniah diucapkan kepada team SDAHA dan guru-guru yang terlibat iaitu En. Zahiruddin, En. Norfikri dan En Fuad Ramlan. Semoga SDAHA terus maju dalam bidang sukan.

Thursday, October 21, 2010

Rugby Piala PPD Kulai CIMB, Cobra dan JRU

Pada 17 Oktober 2010 yang lalu, bertempat di padang SMKDAHA, pertandingan Rugby Piala PPD Kulai telah dianjurkan. Dalam perlawanan ini, SDAHA telah merangkul juara dalam kategori Bowl . Tahniah diucapkan. Semoga team Rugby SDAHA terus maju dan maju.