Wednesday, April 27, 2011

Latihan Kebakaran

Sebenarnya sudah hampir 2 tahun sekolah tidak mengadakan latihan kebakaran. Maka, untuk tahun ini, sekolah terpanggil untuk mengadakan latihan ini sebagai latihan pencegahan. Oleh itu, satu latihan kebakaran telah diadakan pada 20 April bersamaan hari Rabu pada jam 9.30 pagi. Bunyi loceng yang panjang telah dibunyikan dan semua pelajar termasuk guru perlu ke padang untuk berkumpul. Setelah berkumpul, taklimat ringkas diberi oleh pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia Cawangan Pontian dan menyatakan bahawa semua pelajar dan guru telah rentung kerana mengambil masa selama 12 minit untuk berkumpul, sedangkan masa maksimum untuk menyelamatkan diri ialah 4 minit sahaja. Wah, teruk rekod tu. Nampaknya kita kena berlatih lebih gigih lagi *lari pecut* supaya dapat capai 4 minit sahaja. Fiuh!

Antara pegawai bomba yang sudi hadir membantu... si baju oren tu pun nak enterprem huhu...

Macamana tak rentung, jalan lenggang kangkung jer..

Ada juga mangsa yang hangit terbakar

Yeah... akan ku sebat budak yang main - main ni....

Yea... pakcik monang moto.. eh menang pemadam api!

Mana lagi anak murid aku ni...

Nak marah budak pun tak jadi bila tengok senyuman manis cikgu2 ni.. :D

Cikgu pulak yang menjawab soalan dengan betul... mane para pelajar ni?

Kita tuangkan minyak lepas tu masukkan bawang yang dihiris yer...

Rumah terbakar panggil bomba.. bomba datang berlumba - lumba...

Jangan lupa kacau yer puan - puan....

Bomba belum sampai tapi dah ada orang tolong padamkan...

Cikgu Nabila ni macam nak siram pokok jer...

Terima kasih daun keladi... tahun depan datang la lagi...
 

No comments:

Post a Comment