Monday, January 17, 2011

Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR 2010 telah diadakan pada hari Isnin 17 Januari yang lepas bagi meraikan kejayaan anak - anak SDAHA yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR baru - baru ini. Para pelajar yang mendapat keputusan 5A sehingga 8A dijemput untuk menerima sijil penghargaan dan cenderamata dari pihak sekolah. Pihak sekolah amat berharap agar para pelajar ini dapat mengulangi kejayaan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan SPM akan datang.

 Wajah - wajah ceria penerima anugerah
 
 
 
Barisan pelajar - pelajar cemerlang yang menerima anugerah dan ibubapa mereka

No comments:

Post a Comment