Monday, January 17, 2011

First Day School!

3 Januari merupakan hari pertama persekolahan bagi tahun 2011. Perhimpunan pertama di hari pertama ini diserikan dengan ucapan Tuan Pengetua yang disayangi, Tn. Hj Mohd Zini b Abdul Fatah. Kata - kata semangat dan dorongan yang diberikan memberi kesan yang mendalam.Terima kasih Tuan Pengetua!

Bagi sesi pagi, telah berlangsung orientasi Tingkatan 4 bermula dari hari Isnin hingga Khamis 3 Januari hingga 6 Januari 2011. Pelajar didedahkan tentang pakej - pakej subjek yang akan diambil, prospek pekerjaan selain sesi motivasi yang amat menyeronokkan. 

Untuk sesi petang pula, orientasi bagi Tingkatan 1 dan Peralihan diteruskan sepanjang minggu. Pelajar - pelajar baru ini didedahkan tentang pengurusan disiplin sekolah, pengurusan masa dan diikuti oleh sesi motivasi dan nyanyian lagu - lagu wajib di sekolah. Terima kasih kepada semua guru - guru dan kaunselor yang terlibat. Arigato!





 Antara barisan guru yang hadir
 Sesi orientasi Tingkatan 4 bermula
 
 Alamak otak tak cukup oksigen plak.... cover mulut!

No comments:

Post a Comment