Tuesday, February 21, 2012

Merentas Desa Peringkat Sek

Aktiviti sukan yang paling awal dianjurkan oleh semua sekolah di Pontian sudah tentulah merentas desa. Di SMKDAHA pula merentas desa diadakan pada 14 Januari yang lalu bersamaan pada hari Sabtu. Lebih 90% pelajar hadir untuk menjayakan larian ini sekaligus menyumbangkan mata kepada rumah sukan masing - masing. Acara dimulakan dengan taklimat laluan larian bagi kategori lelaki dan perempuan bawah 13, bawah 15 dan bawah 18 tahun. Kemudian diikuti acara memanaskan badan supaya tak cedera semasa berlari nanti. Petugas - petugas kecemasan ditempatkan di kawasan strategik supaya dapat membantu peserta yang cedera ketika berlari.Larian merentas desa berjaya ditamatkan pada jam 10 pagi.

No comments:

Post a Comment