Thursday, May 19, 2011

Hari Guru 2011

Hari kebesaran bagi guru - guru di Malaysia ialah Hari Guru, hari untuk meraikan guru - guru yang berpenat lelah mengajar dan mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna di masa depan. 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh yang paling diingati oleh para guru mahupun pelajar, samada nak meraikan guru yang mereka sayangi ataupun hari untuk pelajar tak payah belajar sebab boleh tengok persembahan. Pada 16 Mei Isnin yang lepas, SMKDAHA juga tidak terkecuali menyambut hari guru ini. Pada permulaan majlis, guru - guru diarak ke tapak perhimpunan diiringi oleh pasukan kawad Kadet Polis dan KRS yang menang dalam pertandingan baru - baru ini (Kita Juara Kawad Lagi!). Selepas itu, acara diteruskan dengan nyanyian lagu wajib Hari Guru, bacaan ikrar, bacaan perutusan Menteri Pendidikan Malaysia dan diikuti oleh persembahan sajak dari guru dan pelajar. Selesai acara rasmi, program diteruskan dengan acara sukaneka dan persembahan pentas. Semua pelajar dan guru yang hadir amat gembira dan terhibur dengan aktiviti yang dijalankan. Terima kasih kepada semua pelajar dan guru yang terlibat untuk menjayakan aktiviti kali ini. Akhir sekali, jom tengok video yang dihasilkan oleh pelajar kita Farhan Azman sempena Hari Guru ini. Adiosa!

 

No comments:

Post a Comment