Monday, March 14, 2011

Majlis Persaraan Pengetua di Sekolah

Setelah berkhidmat selama 3 tahun di SMKDAHA, akhirnya Tuan Hj. Zini Abd Fatah terpaksa  akur dengan tempoh perkhidmatannya yang berakhir pada 23 Februari yang lalu. Satu majlis yang sederhana tetapi meriah telah diadakan dengan pelbagai persembahan menarik untuk tatapan pengetua dan para hadirin yang hadir. Persembahan diadakan berselang - seli dengan penyampaian hadiah dan cenderamata dari pelbagai kelab dan persatuan kemudian beliau melawat galeri sejarah di blok H. Pada penghujung majlis, pengetua telah punch kad untuk kali terakhir dan keluar ke perkarangan sekolah menaiki golf buggy. Kesedihan perpisahan amat dirasai terutama bagi guru - guru dan staf yang memang rapat dengan beliau. Apa - apa pun, diharap tuan pengetua dapat berehat dan menenangkan fikiran setelah bertungkus lumus berkhidmat di dunia pendidikan ini. Memandangkan banyak gambar untuk dilihat, saya masukkan dalam slide sahaja dan please enjoy!



No comments:

Post a Comment