Monday, April 26, 2010

Program Buka Minda



Pada 11 januari yang lalu, sekolah kita telah mengadakan program buka minda yang turut melibatkan beberapa guru iaitu Ms. Ong, Pn. Rofiah, Pn Murshidah,Tn Hj Iskandar dan En. Arman. Pelajar-pelajar yang terlibat ialah pelajar dari Tingkatan 5 Perdana sehingga 5 Sains 2. ceramah ini berlangsung selama 2 jam 50 minit. Pada ceramah ini, pihak sekolah telah mengundang En Rizalman yang merupakan seorang pemuda yang telah berjaya dalam hidup dan mempunyai aset bernilai 1.5 juta Beliau juga merupakan seorang bekas pelajar sekolah SMKDAHA ketika tingkatan 1 hingga 3. sewaktu PMR, beliau berjaya memperoleh 8A lalu melanjutkan pelajaran ke sekolah teknik. Tahniah diucapkan di atas kejayaan beliau dan semoga ia menjadi dorongan untuk pelajar SMKDAHA yang lainnya

No comments:

Post a Comment