Sunday, July 22, 2012

Program "Tandas Sekolahku Sayang"

Pihak sekolah akan melaksanakan program "Tandas Sekolahku Sayang", rasionalnya program ini dilaksanakan adalah kerana :

1. Bayaran 10 Sen yang akan dikenakan kepada pelajar setiap kali masuk ke tandas akan dapat  
    menyedarkan pelajar tentang pentingnya menjaga kebersihan tandas.
2. Bayaran yang dikenakan akan dapat menampung kos membaik pulih kerosakan tandas yang  
    terlalu tinggi dak kerap berlaku kerosakan.
3. Pelajar akan berasa selesa menggunakan tandas yang bersih.
4. Sistem masuk tandas 1 kali sebelum waktu rehat dan selepas waktu rehat dapat mengelakkan  
    pelajar daripada membuang masa setiap kali ke tandas.
5. Masa 10 hingga 15 minit yang digunakan oleh pelajar setiap kali ke tandas dapat dimanfaatkan 
    dengan pembelajaran di dalam kelas, justeru pencapaian akademik pelajar dapat ditingkatkan.
6. Para pelajar masih menggunakan tandas secara percuma di Blok A sahaja.


Monday, July 16, 2012

Lawatan rasmi anak kepada Dato' Ali Haji Ahmad, Pn. Ainun serta adiknya Pn. Fauziah dan anak saudaranya Farhan. Ini adalah lawatan kali kedua Pn. Ainon ke SMKDAHA. 





Sumbangan ikhlas Pn. Fauziah kepada SMKDAHA. Terima kasih banyak-banyak kami ucapkan.





Pn. Faridah menyampaikan cenderahati kepada Pn. Fauziah dan Pn. Ainon.












 

Sebelum pulang, mereka telah dibawa melihat ke Perpustakaan Menengah Rendah dan Menengah Atas, serta melihat Sanggar Sejarah. Selain Pn. Faridah, mereka juga telah diiringi oleh beberapa pentadbir sekolah dan Pn. Norjana. 

Friday, July 13, 2012

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG















Guru dan pelajar menikmati KFC sumbangan Pihak Sekolah... Sogood...









Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-40 SMK. Dato' Ali Haji Ahmad.