Monday, August 23, 2010

Program Pemberian Netbook 1 Malaysia

Program Pemberian Netbook 1 Malaysia kepada pelajar sekolah di bawah perlaksanaa Jalur Lebar Kebangsaan (NBI). SDAHA telah mendapat peruntukan netbook sebanyak 230 buah.

Soalan Lazim

1) Siapa yang menentukan pemilihan murid?
Jawapan : Penyelarasan pemilihan murid diperolehi dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana keutamaan pada murid yang mempunyai latarbelakang pendapatan isi rumah bernilai kurang RM 3,000.

2) Bolehkan sekolah menukar penerimaan netbook kepada murid lain?
Jawapan : Tiak boleh tetapi bergantung kepada kelulusan SKMM.
3) Adakah sebarang bayaran dikenakan dalam program pemberian Netbook 1Malaysia secara percuma ini?
Jawapan: Netbook yang diberi adalah PERCUMA tetapi setiap murid yang bersetuju menerima pemberian ini WAJIB melanggan pelan jalur lebar yang akan dijelaskan semasa taklimat dengan kadar minimum bagi tempoh 2 tahun.

4) Sekiranya murid tidak mahu melanggan lebar jalur apakah implikasinya kepada pemberian ini?
Jawapan : Sekiranya murid tidak mahu melanggan lebar jalur yang disediakan dalam pakej pemberiaan ini murid berkenaan TIDAK LAYAK menerima. Pemberian akan ditarikbalik oleh SKMM.

5) Apakah peranan SKMM?
Jawapan : SKMM akan menjadi penyelaras pengagihan netbook berkenaan serta untuk membuat latihan kepada murid di lokasi Pusat Komuniti Jalur Lebar. Pihak SKMM juga akan bertanggungjawab sepanjang tempoh warranti.

6) Apakah yang akan berlaku sekiranya murid tamat persekolahan.
Jawapan : Netbook akan menjadi hakmilik murid selepas tempoh 2 tahun. Tidak perlu dikembalikan ke sekolah.

7) Adakah netbook akan digunakan dalam kelas P&P?
Jawapan : Tidak, pemberian netbook adalah utk menjayakan KPI Perdana Menteri dalam mencapai 1 isi rumah, 1 komputer. Walaubagaimanapun sekiranya ianya perlu digunakan dalam P&P tertakluk kepada sekolah.

8) Adakah murid yang tersenarai wajib menyertai program ini?
Jawapan: TIDAK. Murid mempunyai pilihan sama ada untuk menyertai atau tidak program ini.

9) Adakah perjanjian itu melibatkan pelajar sahaja?
Jawapan: Perjanjian tersebut perlu ditandatangani oleh ibu/bapa/penjaga pelajar tersebut. Oleh itu, ibu/bapa/penjaga perlu hadir bersama pada sesi taklimat oleh SKMM.

10) Adakah pihak sekolah terlibat dalam program ini samada dari segi kutipan bayaran langganan dan sebagainya?
Jawapan: Pihak sekolah tidak terlibat secara terus dalam program ini kecuali sebagai saluran penyampaian maklumat daripada SKMM kepada murid yang layak. Segala pembayaran dan waranti adalah di bawah tanggungjawab SKMM.

No comments:

Post a Comment