Wednesday, January 11, 2012

Keputusan PMR 2011

Keputusan PMR 2011 telah diumumkan pada 22 Disember 2011 baru - baru ini. SMKDAHA telah mencatat sejarahnya sendiri apabila mendapat anjakan bilangan calon perfect score tertinggi dalam daerah Pontian iaitu dari 2 orang kepada 9 orang dan bilangan calon cemerlang terbanyak sekolah harian iaitu 9 orang. Seramai 464 calon telah mengambil peperiksaan ini dan sebanyak 7 matapelajaran telah mengalami peningkatan peratus lulus iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam, Matematik, Kemahiran Hidup Pilihan 2 dan Pilihan 4. Puan Pengetua mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru yang menyumbang kepada kecemerlangan akademik sekolah dan berharap agar kejayaan ini dapat diteruskan pada tahun - tahun akan datang.

Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya AidilFitri!

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua warga SMKDAHA dan maaf zahir batin sekiranya ada salah dan silap semasa saya mengendalikan blog ini. Blog ni nampak bersawang sebab tengah merangkak - rangkak nak buat laman web rasmi SMKDAHA. Apa alamatnya??? aaaaa..... tunggu nanti bila dah siap.....


Sunday, July 24, 2011

Larian 1 Murid 1Sukan 1Malaysia

Selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia yang baru iaitu 1Murid 1Sukan 1Malaysia, satu larian perdana serentak untuk satu Malaysia telah diadakan pada 2 Julai. Pelajar - pelajar SMKDAHA juga tidak ketinggalan untuk meyertai larian tersebut. Dengan kehadiran pelajar melebihi 90%, membuktikan semangat pelajar membara untuk menyihatkan diri melalui bersukan. Apatah lagi dengan habuan sijil yang ditandatangani oleh Menteri Pelajaran sendiri menjadi tarikan utama pelajar untuk hadir. Seawal 7.30 pagi, para pelajar berkumpul di padang dan aktiviti dimulakan dengan senaman aerobik dan memanaskan badan. Larian dimulakan oleh pelajar perempuan diikuti pelajar lelaki. Rata - rata pelajar yang hadir menyatakan seronoknya bersukan dan berharap aktiviti ini dapat diteruskan tahun hadapan. Majulah Sukan Untuk SMKDAHA!

Monday, July 18, 2011

Kejohanan Sukan Sekolah

Sukan Tahunan Sekolah merupakan acara yang dinanti - nantikan oleh semua pelajar. Mana tidaknya, mereka dapat menunjukkan bakat masing - masing dalam sukan selain menyokong rumah sukan kegemaran mereka. Sukan tahunan ini berlangsung pada 27 Jun Isnin yang lalu bermula jam 7.30 pagi. Majlis bermula dengan perarakan rumah sukan dan unit uniform diikuti dengan bacaan ikrar peserta dan ucapan perasmian. Acara dimulakan dengan larian 800m untuk kategori L13, L15, L18, P13, P15 dan P18. Antara sukan lain yang dipertandingkan ialah lempar cakera dan pelbagai acara balapan. Rumah sukan yang menjuarai kejohanan kali ini ialah Laksamana diikuti dengan Syahbandar. Tahniah pada pasukan dan peserta yang menang, yang kalah jangan mengalah dan cuba lagi!



Hari Koperasi

Hari Koperasi SMKDAHA telah berlangsung pada 23 hingga 29 Jun lalu serentak dengan Hari Terbuka dan Hari Kantin. Memang meriah bak kata pepatah, the more the merrier! Pelbagai aktiviti telah berlangsung sepanjang hari tersebut seperti Kuiz, Petanque dan macam - macam lagi. Semua peserta berharap agar aktiviti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

Tuesday, July 12, 2011

Hari Terbuka + Hari Kantin 2011

Lama rasanya tak menjengah blog ni kerana sibuk dengan aktiviti sekolah dan kursus. Pelbagai program berlangsung sepanjang naik cuti sekolah sehingga sebelum Ramadhan menjelma. Untuk Hari Terbuka dan Hari Kantin, ia telah berlangsung pada 24 Jun bersamaan hari Jumaat yang mulia yang lepas. Para ibu bapa telah hadir untuk bertemu empat mata dengan guru kelas untuk mengetahui prestasi anak - anak mereka di sekolah, di samping itu kelab dan persatuan mengadakan jualan makanan di gerai yang terletak di garaj pentadbir. Tidak ketinggalan juga pameran dari pihak luar seperti Proton, Nissan, Kelab Basikal, Jabatan Agama Islam Johor dan banyak lagi NGO turut serta dalam pameran ini. Pameran dan jualan diteruskan sehingga hari Ahad. Para pelajar memanfaatkan masa ini untuk menimba pengalaman berniaga di samping menambah duit persatuan. Tahniah untuk semua yang terlibat. Nak tengok gambar? Coming soon...!

Monday, May 23, 2011

Tahniah Peserta Tenis SDAHA!

Pada 12 hingga 15 Mei lepas, pelajar kita Nur Aqilah Zainal telah menyertai pertandingan Tenis MSSJ di Segamat. Beliau telah berjaya mendapat tempat kedua dan layak untuk ke peringkat MSSM di Kuala Lumpur minggu depan. Kami warga SMKDAHA mendoakan kejayaan adik Nur Aqilah, semoga berjaya dalam pertandingan tersebut sekaligus mengharumkan nama sekolah. Chaiyo!

Thursday, May 19, 2011

Hari Guru 2011

Hari kebesaran bagi guru - guru di Malaysia ialah Hari Guru, hari untuk meraikan guru - guru yang berpenat lelah mengajar dan mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna di masa depan. 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh yang paling diingati oleh para guru mahupun pelajar, samada nak meraikan guru yang mereka sayangi ataupun hari untuk pelajar tak payah belajar sebab boleh tengok persembahan. Pada 16 Mei Isnin yang lepas, SMKDAHA juga tidak terkecuali menyambut hari guru ini. Pada permulaan majlis, guru - guru diarak ke tapak perhimpunan diiringi oleh pasukan kawad Kadet Polis dan KRS yang menang dalam pertandingan baru - baru ini (Kita Juara Kawad Lagi!). Selepas itu, acara diteruskan dengan nyanyian lagu wajib Hari Guru, bacaan ikrar, bacaan perutusan Menteri Pendidikan Malaysia dan diikuti oleh persembahan sajak dari guru dan pelajar. Selesai acara rasmi, program diteruskan dengan acara sukaneka dan persembahan pentas. Semua pelajar dan guru yang hadir amat gembira dan terhibur dengan aktiviti yang dijalankan. Terima kasih kepada semua pelajar dan guru yang terlibat untuk menjayakan aktiviti kali ini. Akhir sekali, jom tengok video yang dihasilkan oleh pelajar kita Farhan Azman sempena Hari Guru ini. Adiosa!

 

Wednesday, May 11, 2011

Semakan Kemasukan ke Tingkatan 6 (Bawah)

Kepada pelajar lepasan SPM yang memohon ke Tingkatan 6, sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah Tahun 2011 boleh dibuat mulai  02 Mei 2011 di Portal KPM di sini: semakan ke Ting. 6 

Semakan melalui SMS juga boleh dibuat dengan menaip :
  
MOET6[No_KP] dan hantarkan kepada 15888

Semoga Berjaya!

Sunday, May 8, 2011

Permata SDAHA dan PADAM E

Program Permata SDAHA telah dilancarkan pada 3 Mei yang lepas. Ia merupakan satu rangsangan kepada pelajar yang mendapat keputusan yang baik pada ujian yang lepas untuk skor pada peperiksaan pertengahan dan akhir tahun manakala Padam E pula menggalakkan pelajar untuk sekurang - kurangnya lulus bagi setiap matapelajaran yang diambil. Sekiranya pelajar berjaya mencapai target, maka pelajar tersebut akan diberi insentif yang diberitahu kelak. So para pelajar sekalian, jangan lepaskan peluang ini!