Tuesday, May 8, 2012

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS,KETUA TINGKATAN,PENGERUSI KELAB DAN PERSATUAN,PERMAINAN DAN UNIT BERUNIFORM









Tuesday, February 21, 2012

Sukan - Sukan MSSD 2012

Tahun ini merupakan tahun yang agak cemerlang bagi SMKDAHA kerana beberapa kejayaan yang diperoleh dalam beberapa jenis permainan. Berikut merupakan keputusan beberapa jenis permainan yang telah berlangsung bermula awal Februari lalu.

Ragbi              : Tempat Ke - 3 dalam Kumpulan untuk Sirkit Pertama
Bola Tampar     : Pasukan Lelaki 18 mendapat Tempat Ke-3
Hoki                : Pasukan Lelaki 18 mendapat tempat Ke-3
Badminton       : Perseorangan Lelaki 15 mendapat tempat ke-3 diwakili oleh Mohd Faizul Fikri
Merentas Desa : Layak menghantar 3 orang wakil ke MSSJ iaitu Siti Salwa Samsul, Farisya Fazira dan Mohd Ikmal Thani.
Sepak Takraw  : Pasukan Lelaki 18 mendapat Johan dan akan pergi peringkat MSSJ di Pontian pada Mac nanti.
Ping Pong         : Mohd Izzudin Tingkatan 4SS4 mendapat Johan bagi kategori Bukan Cina.
Tenis            : *Perempuan 18 mendapat Johan diwakili Nur Aqilah Zainal
                 *Lelaki 18 mendapat tempat Ke-2 diwakili oleh Mohamad Afiq b. Azmi
                 *Lelaki 15 mendapat tempat ke-3 diwakili oleh Riyad Ahmad
               ** Nur Aqilah Zainal telah pergi ke peringkat MSSJ dan telah mendapat tempat ke-2 dan akan ke peringkat MSSM di Perak pada Mac nanti.


Tahniah kepada semua peserta dan semoga dapat melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.

Merentas Desa Peringkat Sek

Aktiviti sukan yang paling awal dianjurkan oleh semua sekolah di Pontian sudah tentulah merentas desa. Di SMKDAHA pula merentas desa diadakan pada 14 Januari yang lalu bersamaan pada hari Sabtu. Lebih 90% pelajar hadir untuk menjayakan larian ini sekaligus menyumbangkan mata kepada rumah sukan masing - masing. Acara dimulakan dengan taklimat laluan larian bagi kategori lelaki dan perempuan bawah 13, bawah 15 dan bawah 18 tahun. Kemudian diikuti acara memanaskan badan supaya tak cedera semasa berlari nanti. Petugas - petugas kecemasan ditempatkan di kawasan strategik supaya dapat membantu peserta yang cedera ketika berlari.Larian merentas desa berjaya ditamatkan pada jam 10 pagi.