Monday, February 20, 2012

Sesi Pendaftaran dan Orientasi Pelajar Baru 2012

Pendaftaran pelajar peralihan dan tingkatan berlangsung pada 2 Januari 2012. Para pelajar mendaftar di kaunter pendaftaran dan terus membeli keperluan sekolah di koperasi sekolah. Ada pelajar yang datang sendiri dan ada juga yang datang bersama ahli keluarga terdekat. Semua aktiviti berjalan lancar dan sesi persekolahan bermula pada 4 Januari 2012 iaitu pada hari Rabu. Para pelajar tingkatan Peralihan, Satu dan Empat memulakan sesi orientasi pada hari Rabu hingga Jumaat. Antara pengisian dalam program ini ialah taklimat disiplin, kerjaya, pengurusan masa dan sebagainya. 

Anak saya ni pemalu... tu yang saya kena cakapkan untuk dia...

Nasihatkan anak pakcik belajar rajin - rajin yer...

Aku terima zakat bagi tahun ini... eh... silap kaunter

Hari pertama di sekolah... pelajar sangat berdisiplin

Agak - agak menu kat kantin ada perubahan tak yer?

A: Hujung tahun ni kita buat rombongan nak? B: Hm.. boleh difikirkan tu...



Ada aje yang enterprem eh hehehe...

Jangan tido lagi....

Cantiknya barisan... kita tengok kekal tak sampai hujung tahun... he...

 

Wednesday, January 11, 2012

Keputusan PMR 2011

Keputusan PMR 2011 telah diumumkan pada 22 Disember 2011 baru - baru ini. SMKDAHA telah mencatat sejarahnya sendiri apabila mendapat anjakan bilangan calon perfect score tertinggi dalam daerah Pontian iaitu dari 2 orang kepada 9 orang dan bilangan calon cemerlang terbanyak sekolah harian iaitu 9 orang. Seramai 464 calon telah mengambil peperiksaan ini dan sebanyak 7 matapelajaran telah mengalami peningkatan peratus lulus iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam, Matematik, Kemahiran Hidup Pilihan 2 dan Pilihan 4. Puan Pengetua mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru yang menyumbang kepada kecemerlangan akademik sekolah dan berharap agar kejayaan ini dapat diteruskan pada tahun - tahun akan datang.