Wednesday, February 23, 2011

Majlis Persaraan Pengetua di Pulai Spring Resort

Majlis persaraan pengetua bersama warga pendidik SDAHA telah berlangsung pada hari Sabtu 19 Februari lepas di Pulai Spring Resort. Majlis dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan ucapan Pengerusi Kelab Bilik Guru dan ucapan Pengetua. Selepas itu, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata dari Kelab Bilik Guru dan juga staf seterusnya tayangan multimedia mengenai perjalanan hidup Tuan Pengetua dari dulu sehingga kini. Ternyata, kehebatan dan kepimpinan beliau terserlah sejak dari zaman persekolahan lagi. Namun begitu, kehilangan beliau amat terasa apabila beliau bersara wajib pada tarikh lahirnya iaitu 24 Februari ini. Tuan, jasamu tetap dikenang sepanjang hayat Insya-Allah...


Antara juadah yang tidak sabar - sabar untuk diterkam.. aumm...

Tuan Pengetua dan isteri disandingkan semula...

Tokonang den zaman dolu - dolu...stakat silat pulut ni den dah lipat dah...!


Menyesal dahulu pendapatan, menyesal... eh salah peribahasa!
Ingat, apa yang penting... kerjasama!

Sedap betul aku tengok air oren ni...

Si tudung oren: Alamak, tadi keluar umah lupa nak kasi kucing aku makan... iskk...!

Hadiah sumbangan Kelab Bilik Guru

Ooo amik gambar orang eh, kita amik gambo dia...

Antara artis jemputan yang hadir...si cantik pink!

Emcee special yang dijemput khas

Salam peluk akhirul kalam dari pengetua
Perut kenyang suka hati... tapi hati sedey juga pengetua mau pergi...

Selamat Datang GPK Koku Baru!

Selamat datang Cikgu! SDAHA mengalu - alukan kehadiran GPK Kokurikulum baru bagi mengisi kekosongannya sejak awal tahun ini. Berbekalkan pengalaman yang beliau peroleh sepanjang perkhidmatannya, diharap dapat menonjolkan lagi bidang ko-kurikulum sekolah ini. Mari kita berkenalan dengan beliau.


Nama : Mohamad Fadhir b. Mohd Salleh
Umur : 43 tahun
Asal : Kampung Melayu, Kayu Ara Pasong
Kelayakan : Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian
Opsyen : Sejarah
Pengalaman mengajar : 1994 - 1996 di Sabah
                                  1996 - 2009 SMK Dato' Penggawa Barat
                                  2009 - 2011 SMK Kayu Ara Pasong
                                  2011 - kini SMK Dato' Ali Haji Ahmad


Seluruh warga SDAHA mengucapkan selamat datang sekali lagi!

Monday, February 21, 2011

Edisi KHAS: Di Ambang Hari Persaraan Pengetua

Yang bermula pasti akan berakhir, yang datang pasti kan pergi. Begitu juga dengan kehadiran tuan pengetua yang kita sayangi akan meninggalkan arena pendidikan di SDAHA secara rasminya pada 23 Februari nanti. Kehilangan beliau amat terasa memandangkan jasa - jasa beliau tidak terbalas sepanjang beliau berkhidmat di sini. Mari kenali pengetua kita dan lihat gambar - gambar yang menarik yang telah diambil oleh paparazzi ketika beliau sedar dan tidak sedar hehe...!Jangan mare tuan pengetua... :)

Nama penuh : Tn. Hj. Mohd Zini b. Abd Fatah
Tarikh Lahir : 24 Februari 1953
Kampung kelahiran : Parit Semerah
Nama isteri : Pn. Hjh. Habsah bt. Ibrahim
Adik Beradik : 5 orang (anak sulung)
Bilangan Anak : 4 orang 
Latar belakang pendidikan ~ Sek Rendah : SR Umum Bandar 1959
                                                            SRK Pangkalan Rinting Tampoi 
                                                            1960-1965
                                      ~ Sek Men      : SM Dato' Jaafar JB 1966-1971
                                                             Maktab Sultan Abu Bakar (EC) 
                                                             Ting.6 1972-1973
                                      ~ Universiti    : Universiti Malaya 1974-1977
                                                            B.A (Hons) 1976 - Sejarah
                                                            Dip. Ed 1977
Antara aktiviti Ko-kurikulum yang diceburi sepanjang persekolahan
~ Olahraga - Wakil Daerah JB, Wakil Johor MSSM
~ Rekod 100m 11 saat di Sekolah Dato' Jaafar 1971
~ Rekod 200m 23.2 saat MSSD Johor 1973
~ Kapten Olahraga Daerah JB - Johan MSSJ MSAB 1973
~ Rugbi Johan Malaysia EC Ting. 6 1972-1973
~ Patrol Leader Pengakap Laut
~ Badan Bahasa dan Sastera
~ Persatuan Sejarah dan Geografi, Persatuan Matematik
~ Pengakap : No. 2 Pertandingan Pasukan Pengakap di Sekolah Dato' Jaafar


Perkhidmatan dalam pendidikan
~ Guru dan memangku pengetua/GPKHEM/GPK1 - Sek. Seri Perhentian 1978-1995
~ Pengetua - SMK Teluk Kerang 1996- 1998
~ Penolong PPD - Pontian Sektor Akademik 1998 - 1999
~ Pengetua - SMK Ayer Baloi 2000 - 2008
~ Pengetua - SMK Dato' Ali Hj. Ahmad Oktober 2008 - 23 Februari 2011

Nikmati gambar - gambar pengetua sepanjang persekolahan dan perkhidmatan beliau...
Mewakili Johor untuk MSSM Terengganu acara 100m dan 200m ketika Ting. 6

Ting. 6 Atas di English College tahun 1973


Gambar ketika konvokesyen

Bersama rakan - rakan sekuliah di UM

Gambar ketika berkhidmat di Sek. Seri Perhentian

Posing ketika beriadah




Kepada Tuan Pengetua, harap disimpan kenangan ketika bersama kami di SDAHA... Pintu sentiasa terbuka untuk menerima kunjungan tuan bila - bila masa... Sayonara!


Sunday, February 20, 2011

Program Julang 2011

Jadual kelas Julang 2011 (tuisyen) telah diedarkan kepada pelajar - pelajar yang terpilih baru - baru ini. Kepada mereka yang dah 'ter'hilang jadual tersebut, jangan risau kerana anda boleh merujuk di sini. Kelas akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
 Hari : Isnin dan Rabu (Tingkatan 2)
          Selasa dan Khamis (Tingkatan 1)
Masa : 11.30 pagi - 12.45 tengahari
Kelas : Ting. 1 (Julang 1 dan Julang 2) kelas - kelas di tingkat 2 Blok A
          Ting. 2 (Julang 1) di Sanggar Nilam
          Ting. 2 (Julang 2) di Sanggar Info

Kepada mereka yang terpilih dan belum menjelaskan yuran RM50 setahun, sila bayar kepada Cik Norazlina atau Puan Suzana Yusof sebelum bulan Mei menjelma.


Klik untuk besarkan. 


ps: maafkan saya yer, jadual tu dah ter 'highlight pink' pulak.

Peperiksaan Penggal Pertama 2011

Saat yang ditunggu telah tiba. Ujian Bulan Mac akan diadakan bermula 24 Feb bagi tingkatan 5 dan diikuti oleh tingkatan lain. Jadual terkini boleh dilihat di bawah.Klik di jadual untuk besarkan.
Tingkatan 1

 Tingkatan 2
 Tingkatan 3
Tingkatan 4

Tingkatan 5 ms 1

Tingkatan 5 ms 2

Tuesday, February 15, 2011

Larian Perdana dan Merentas Desa Peringkat Sekolah

Pada hari Sabtu lepas bersamaan 12 Februari, seluruh negeri Johor telah mengadakan Larian Perdana Mahkota. SMKDAHA juga tidak ketinggalan untuk menyertai larian ini malah menjadi tuan rumah bagi perasmian larian ini sekaligus perasmian 1Murid 1Sukan di peringkat daerah. Larian sejauh 1km ini telah dirasmikan oleh En. Abd Rahim Lamin, Pegawai Pendidikan Daerah Pontian. Sejurus tamat larian ini berlangsung pula merentas desa peringkat sekolah. Semua pelajar yang hadir memanfaatkan masa ini untuk bersukan demi tubuh badan yang sihat.


Semoga majlis berjalan lancar... amin!
Wak seremm la nak tarik nih... hurmm...

Lari lari.... kita lari...

Aku rasa aku dah bubuh 100 kuasa kuda tapi kenapa tak laju lagi...

Rupanya berjalan lagi best dari berlari eh...

Wajah - wajah bajet hero remaja hehe...

Alang - alang lari, kita lari sampai Billion la best jugak....!

Mane orang lain ni, adakah aku orang pertama?

Santai jer cik abang ni...

Hidup 2Malaysia! Eh, bukan 1Malaysia ker?

Monday, February 14, 2011

Latihan Pusat Polo Basikal

Anda pernah dengar tentang polo basikal?? Ya, polo basikal merupakan satu permainan yang baru diperkenalkan di SMKDAHA. Memandangkan ia merupakan sukan yang baru, maka guru - guru sukan polo basikal yang dilantik telah mengikuti satu latihan pusat di Pasir Gudang yang dikendalikan oleh Persatuan Polo Basikal Johor. Antara yang dipelajari sewaktu latihan pusat tersebut ialah peraturan permainan dan teknik - teknik pukulan. Semoga dengan pengenalan sukan baru ini dapat melonjakkan nama SMKDAHA di arena sukan daerah Pontian. 
Ingat yer, basikal tak sama dengan kuda, awak kena kayuh sendiri...

Jangan buat wheelie dengan basikal tu yer...



Tuesday, February 1, 2011

Sambutan Ambang Tahun Baru Cina

Walaupun Tahun Baru Cina bakal menjelang minggu depan, kehangatannya mula terasa apabila Persatuan Bahasa Cina menganjurkan aktiviti menarik untuk semua pelajar Cina. Ketibaan Tahun Arnab pada tahun ini disambut dengan meriah apabila pelajar Cina berkumpul dan menyanyi beberapa lagu disamping warga guru Cina juga menyumbangkan beberapa kotak buah limau mandarin untuk para guru SDAHA. Semoga tahun ini menambah kekayaan dan kemakmuran kepada semua.