Karnival Sains dan Teknologi telah diadakan pada 1 Julai di SMK Telok Kerang. SDAHA menghantar wakil untuk kategori solar boat, solar car, saintis muda dan pelancaran roket. Dalam karnival tersebut, solar boat telah mendapat Johan dan tempat ketiga yang diwakili oleh kumpulan Hybrid Star dan Teenagers. Kumpulan Hybrid Star terdiri daripada 3 orang pelajar iaitu Hafizuddin Khairuddin, Mohd Amir Saifuddin Suleiman dan Mohd Faiz bin Marikin dari kelas 4 RC 3. Kumpulan Teenagers pula diwakili oleh Mohd Waisrul Mohamed Fauzi, Mohd Khairul Asyraf dan Mohd Fakrul Radzli da ri kelas 4 RC 2. Tahniah diucapkan.