Sunday, July 24, 2011

Larian 1 Murid 1Sukan 1Malaysia

Selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia yang baru iaitu 1Murid 1Sukan 1Malaysia, satu larian perdana serentak untuk satu Malaysia telah diadakan pada 2 Julai. Pelajar - pelajar SMKDAHA juga tidak ketinggalan untuk meyertai larian tersebut. Dengan kehadiran pelajar melebihi 90%, membuktikan semangat pelajar membara untuk menyihatkan diri melalui bersukan. Apatah lagi dengan habuan sijil yang ditandatangani oleh Menteri Pelajaran sendiri menjadi tarikan utama pelajar untuk hadir. Seawal 7.30 pagi, para pelajar berkumpul di padang dan aktiviti dimulakan dengan senaman aerobik dan memanaskan badan. Larian dimulakan oleh pelajar perempuan diikuti pelajar lelaki. Rata - rata pelajar yang hadir menyatakan seronoknya bersukan dan berharap aktiviti ini dapat diteruskan tahun hadapan. Majulah Sukan Untuk SMKDAHA!

Monday, July 18, 2011

Kejohanan Sukan Sekolah

Sukan Tahunan Sekolah merupakan acara yang dinanti - nantikan oleh semua pelajar. Mana tidaknya, mereka dapat menunjukkan bakat masing - masing dalam sukan selain menyokong rumah sukan kegemaran mereka. Sukan tahunan ini berlangsung pada 27 Jun Isnin yang lalu bermula jam 7.30 pagi. Majlis bermula dengan perarakan rumah sukan dan unit uniform diikuti dengan bacaan ikrar peserta dan ucapan perasmian. Acara dimulakan dengan larian 800m untuk kategori L13, L15, L18, P13, P15 dan P18. Antara sukan lain yang dipertandingkan ialah lempar cakera dan pelbagai acara balapan. Rumah sukan yang menjuarai kejohanan kali ini ialah Laksamana diikuti dengan Syahbandar. Tahniah pada pasukan dan peserta yang menang, yang kalah jangan mengalah dan cuba lagi!



Hari Koperasi

Hari Koperasi SMKDAHA telah berlangsung pada 23 hingga 29 Jun lalu serentak dengan Hari Terbuka dan Hari Kantin. Memang meriah bak kata pepatah, the more the merrier! Pelbagai aktiviti telah berlangsung sepanjang hari tersebut seperti Kuiz, Petanque dan macam - macam lagi. Semua peserta berharap agar aktiviti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

Tuesday, July 12, 2011

Hari Terbuka + Hari Kantin 2011

Lama rasanya tak menjengah blog ni kerana sibuk dengan aktiviti sekolah dan kursus. Pelbagai program berlangsung sepanjang naik cuti sekolah sehingga sebelum Ramadhan menjelma. Untuk Hari Terbuka dan Hari Kantin, ia telah berlangsung pada 24 Jun bersamaan hari Jumaat yang mulia yang lepas. Para ibu bapa telah hadir untuk bertemu empat mata dengan guru kelas untuk mengetahui prestasi anak - anak mereka di sekolah, di samping itu kelab dan persatuan mengadakan jualan makanan di gerai yang terletak di garaj pentadbir. Tidak ketinggalan juga pameran dari pihak luar seperti Proton, Nissan, Kelab Basikal, Jabatan Agama Islam Johor dan banyak lagi NGO turut serta dalam pameran ini. Pameran dan jualan diteruskan sehingga hari Ahad. Para pelajar memanfaatkan masa ini untuk menimba pengalaman berniaga di samping menambah duit persatuan. Tahniah untuk semua yang terlibat. Nak tengok gambar? Coming soon...!