Monday, May 23, 2011

Tahniah Peserta Tenis SDAHA!

Pada 12 hingga 15 Mei lepas, pelajar kita Nur Aqilah Zainal telah menyertai pertandingan Tenis MSSJ di Segamat. Beliau telah berjaya mendapat tempat kedua dan layak untuk ke peringkat MSSM di Kuala Lumpur minggu depan. Kami warga SMKDAHA mendoakan kejayaan adik Nur Aqilah, semoga berjaya dalam pertandingan tersebut sekaligus mengharumkan nama sekolah. Chaiyo!

Thursday, May 19, 2011

Hari Guru 2011

Hari kebesaran bagi guru - guru di Malaysia ialah Hari Guru, hari untuk meraikan guru - guru yang berpenat lelah mengajar dan mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna di masa depan. 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh yang paling diingati oleh para guru mahupun pelajar, samada nak meraikan guru yang mereka sayangi ataupun hari untuk pelajar tak payah belajar sebab boleh tengok persembahan. Pada 16 Mei Isnin yang lepas, SMKDAHA juga tidak terkecuali menyambut hari guru ini. Pada permulaan majlis, guru - guru diarak ke tapak perhimpunan diiringi oleh pasukan kawad Kadet Polis dan KRS yang menang dalam pertandingan baru - baru ini (Kita Juara Kawad Lagi!). Selepas itu, acara diteruskan dengan nyanyian lagu wajib Hari Guru, bacaan ikrar, bacaan perutusan Menteri Pendidikan Malaysia dan diikuti oleh persembahan sajak dari guru dan pelajar. Selesai acara rasmi, program diteruskan dengan acara sukaneka dan persembahan pentas. Semua pelajar dan guru yang hadir amat gembira dan terhibur dengan aktiviti yang dijalankan. Terima kasih kepada semua pelajar dan guru yang terlibat untuk menjayakan aktiviti kali ini. Akhir sekali, jom tengok video yang dihasilkan oleh pelajar kita Farhan Azman sempena Hari Guru ini. Adiosa!

 

Wednesday, May 11, 2011

Semakan Kemasukan ke Tingkatan 6 (Bawah)

Kepada pelajar lepasan SPM yang memohon ke Tingkatan 6, sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah Tahun 2011 boleh dibuat mulai  02 Mei 2011 di Portal KPM di sini: semakan ke Ting. 6 

Semakan melalui SMS juga boleh dibuat dengan menaip :
  
MOET6[No_KP] dan hantarkan kepada 15888

Semoga Berjaya!

Sunday, May 8, 2011

Permata SDAHA dan PADAM E

Program Permata SDAHA telah dilancarkan pada 3 Mei yang lepas. Ia merupakan satu rangsangan kepada pelajar yang mendapat keputusan yang baik pada ujian yang lepas untuk skor pada peperiksaan pertengahan dan akhir tahun manakala Padam E pula menggalakkan pelajar untuk sekurang - kurangnya lulus bagi setiap matapelajaran yang diambil. Sekiranya pelajar berjaya mencapai target, maka pelajar tersebut akan diberi insentif yang diberitahu kelak. So para pelajar sekalian, jangan lepaskan peluang ini!




Kita Juara Kawad Lagi!!

Asyik bersukan saja, berpersatuan jangan dilupa. Untuk itu, SMKDAHA telah menghantar beberapa pasukan untuk bertanding dalam Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Unit Beruniform Sekolah Menengah Daerah Pontian yang diadakan di Sekolah Menengah Tan Sri Osman Mohd Saat pada 27 hingga 28 April lepas. Pasukan Pengakap Laut Lelaki dan Kadet Polis Perempuan berjaya menjadi Johan bagi kategori NGO manakala KRS mendapat Naib Johan bagi kategori GO. Pasukan Kadet Polis SMKDAHA pula diiktiraf sebagai Pasukan Kadet Polis Paling Aktif Daerah Pontian yang diisytiharkan pada Hari Kadet Polis Daerah baru - baru ini. Tahniah kepada para guru yang berpenat lelah melatih para pelajar tak kira siang malam terutamanya Cikgu Nasharudin, Cikgu Wan Rodiah, Cikgu Fuad Ramlan dan cikgu - cikgu yang terlibat secara tidak langsung. Apa-apa pun, kami warga SMKDAHA bangga dengan kamu semua.

Ingat ko sorang je ada?aku pun ada tau....

Tersepit cikgu biru tu kat bawah

Tahniah semua!
 

Ragbi MSSD 2011

Pertandingan Ragbi MSSD berlangsung pada 27 hingga 29 April di laman sendiri iaitu padang SMKDAHA. Kita menghantar 3 pasukan iaitu SDAHA A, SDAHA B dan SDAHA C. Namun begitu, kita gagal merangkul juara dan hanya mendapat Naib Johan bagi SDAHA A, tempat ke-4 bagi SDAHA B dan ke-5 untuk SDAHA C. Cuba lagi tahun depan ok! Walaupun berada di tempat kedua, SDAHA A akan mewakili Johor di peringkat MSSJ di Kluang pada 6-8 Mei ini. Kita doakan semoga kejayaan milik kita.

Tenis MSSD 2011

Sukan Tenis juga tidak ketinggalan untuk disertai oleh pelajar SMKDAHA. Terbaru, pertandingan Tenis MSSD berlangsung pada 27 dan 28 April anjuran SMK Dato' Penggawa Barat. Wakil sekolah kita berjaya mendapat Johan bagi Perempuan 15, Naib Johan Lelaki 18 dan Lelaki 15. Satu kejayaan yang manis bagi SMKDAHA dan kekalkan kejayaan yang dimiliki untuk pertandingan akan datang. Tahniah!

 

Sepak Takraw MSSD 2011

Pertandingan Sepak Takraw MSSD telah diadakan pada 26-27 April lepas di SMK Sri Tanjung. SMKDAHA telah menghantar pasukan Lelaki 15 dan Lelaki 18. Namun begitu, rezeki berpihak kepada Lelaki 15 apabila berjaya menobatkan diri sebagai Juara manakala Lelaki 18 tidak mendapat sebarang tempat. Kepada yang berjaya diucapkan tahniah dan yang gagal jangan lupa cuba lagi tau. Dunia belum berakhir yer.


Yeah juara kita punya!


 

Bola Tampar MSSD 2011

Pertandingan bola tampar MSSD berlangsung pada 12 - 14 April yang lalu di SMK Parit Betak. Pasukan Perempuan 18 gagal untuk mara ke peringkat akhir namun begitu Lelaki 18 berjaya mendapat Naib Juara. Tahniah kepada pasukan L18!

Wednesday, May 4, 2011

Badminton MSSD 2011

Pada 18 - 20 April yang lepas, pertandingan Badminton peringkat MSSD telah diadakan di SMK Ayer Baloi. Alhamdulillah, Lelaki 18 Perseorangan telah mendapat Johan dan akan mewakili Pontian ke peringkat MSSJ di Kluang Mei nanti. Di harap wakilnya dapat merangkul gelaran juara sekali lagi dan mengharumkan nama Pontian Insya-Allah.
Kenangan dengan semua peserta dan pengadil

Tekun betul depa ni dengar taklimat

Muka - muka hero Kampung Dusun

Posing selepas game

XPDC Pulau Aman

Satu kursus kepimpinan pelajar anjuran Unit Ko-kurikulum telah diadakan di Pulau Aman, Pulau Pinang pada 14 hingga 17 Julai yang lepas. Seramai 75 orang pelajar diiringi oleh 6 orang guru yang kuat - kuat belaka telah mengikuti rombongan ini. Kursus ini dihadiri oleh pengawas sekolah termasuk pelajar yang berminat untuk membina jati diri mereka di sana. Banyak aktiviti yang diadakan seperti senaman, ikhtiar hidup, latihan dalam kumpulan dan macam - macam lagi. Bagi pelajar yang tidak sempat mengikuti kursus ini, jangan risau, tahun depan cuba apply yer!

Mana bas ni... aku tak sabo nak balik raye ni...

Gue emang kepingin mau naik tongkang gini....

Nasib baik sampai, kalau tidak, mau tido dalam tongkang kita...
yok kita poco - poco...
Mane air ni, dah order tak sampai - sampai...
 
Pak Aji memang cari calon menantu kat sini...

Peta Pulau Aman
 
Berminat? sila telefon untuk tempahan

Biar aku yang masak, aku kan juara memasak Kg. Duku...


Bagi aku buat plak, aku dah biasa main kecik - kecik dulu...
Amboih hangpa, makan sedap tak ajak kami noo.....

Majlis Tilawah Quran Daerah Pontian 2011

UPDATE GAMBAR!!
SMKDAHA telah menghantar wakil untuk menyertai pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran Daerah Pontian yang berlangsung di SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman pada hari Sabtu 2 April yang lalu. Terdapat beberapa acara yang disertai namun hanya 3 sahaja yang mendapat tempat iaitu Johan Lelaki bagi Berzanji, Tempat Ketiga Perempuan untuk Tilawah. Di harap kesemua peserta tidak berputus asa dan cuba lagi pada masa akan datang.
Pelajar - pelajar yang menyertai nasyid

Amboi, senyum - senyum aje abang ni

Rajin adik rajin, rajin la belajar...

Cantik tulisannya

Selamat pengantin baru.....eh... silap tempat da....

Anak sapa la ni....cantiknya tulisan

Ya rabbi.... ah...

Yeay.. SDAHA menang!

Monday, May 2, 2011

Majlis Perpisahan Cikgu Sureana dan Cikgu Zainuddin

Tiga orang guru SMKDAHA telah dinaikkan pangkat iaitu Puan Sureana Masdar, Puan Zanariah Zaini dan En. Zainuddin. Cikgu Zanariah menjadi Ketua Bidang Bahasa di SMKDAHA, Cikgu Sureana dinaikkan pangkat menjadi Ketua Bidang Bahasa di SMK Sri Kukup manakala Cikgu Zainuddin pula menjadi Ketua Bidang di SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman.Oleh itu satu majlis perpisahan telah diadakan bagi meraikan kedua - dua guru ini pada 23 April lepas. Ada sesi ucapan, makan - makan dan penyampaian hadiah. Kami guru - guru SMKDAHA berasa sedih atas kepergian mereka namun kami berdoa agar bahagia di tempat baru. 


Majlis belum mula tapi meja ni dah makan dah huhuhu.....

Cikgu Zainudin yang diraikan: Jangan tido lagi cikgu....

Cikgu Sureana yang berbaju biru
 
Cikgu Zanariah pulak naik pangkat ke KB Bahasa

Majlis yang dirai bersama guru - guru Bahasa Inggeris

Dengar ceramah ni tak mengantuk plak

Cikgu - cikgi BI memang HOT la..!