Friday, January 28, 2011

Kejohanan Merentas Desa MSS Daerah Pontian 2011

Pada 27 Januari yang lepas, kejohanan merentas desa peringkat daerah Pontian telah berlangsung di SMK Kayu Ara Pasong dan menyaksikan 17 buah sekolah dari seluruh Pontian turun padang untuk bertanding. Namun begitu, rezeki tidak menyebelahi SDAHA untuk merangkul juara pada tahun ini. Tapi takpe, cuba lagi SDAHA! Terima kasih kepada cikgu Halil Yusof dan Cikgu Fikri yang mengiringi pasukan SDAHA. Berikut adalah keputusan larian:


Perempuan Bawah-15
Tempat Ke 6   : Arbania Ali
Tempat Ke 9   : Nur Fatin Adilah Masjani
Tempat Ke 10 : Intan Sharmila Mohd Noor Salleh
Tempat Ke 13 : Faraain

Lelaki Bawah-15
Tempat Ke 8: Iskandar

Perempuan Bawah-18
Tempat Ke 6: Radiatunisak Abdullah
 
Cikgu nak kamu pecut dari mula sampai penamat ok!
Lari lari, kita lari!
Acara panaskan badan
Tahniah kepada pemenang
Cuba lagi tahun depan ye!




Thursday, January 27, 2011

Pelancaran Bulan Bahasa

Pada 24 Januari yang lalu Bulan Bahasa telah dilancarkan secara rasminya oleh Tuan Pengetua, Tn. Hj Zini b. Abd Fatah. Acara pelancaran bulan tersebut diserikan dengan pementasan drama Gulp and Gasp karya John Townsend oleh pelajar Tingkatan Lima yang dipimpin oleh Cik Yoges Gopalan. Pelbagai aktiviti menarik menanti semua pelajar sepanjang bulan ini antaranya pertandingan penulisan esei, syarahan, debat, crossword puzzle dan kuiz. Mari kita lihat gambar - gambar menarik sepanjang pelancarannya.

KB Bahasa berpantun sehingga memukau penonton

Para pelajar jangan lepaskan peluang untuk mengambil bahagian yer

Aku tolak kau, kau tahan tau.

Sampai hati kau buat mak macam ni

Harap semua terhibur!
 

Monday, January 17, 2011

Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR 2010 telah diadakan pada hari Isnin 17 Januari yang lepas bagi meraikan kejayaan anak - anak SDAHA yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR baru - baru ini. Para pelajar yang mendapat keputusan 5A sehingga 8A dijemput untuk menerima sijil penghargaan dan cenderamata dari pihak sekolah. Pihak sekolah amat berharap agar para pelajar ini dapat mengulangi kejayaan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan SPM akan datang.

 Wajah - wajah ceria penerima anugerah
 
 
 
Barisan pelajar - pelajar cemerlang yang menerima anugerah dan ibubapa mereka

First Day School!

3 Januari merupakan hari pertama persekolahan bagi tahun 2011. Perhimpunan pertama di hari pertama ini diserikan dengan ucapan Tuan Pengetua yang disayangi, Tn. Hj Mohd Zini b Abdul Fatah. Kata - kata semangat dan dorongan yang diberikan memberi kesan yang mendalam.Terima kasih Tuan Pengetua!

Bagi sesi pagi, telah berlangsung orientasi Tingkatan 4 bermula dari hari Isnin hingga Khamis 3 Januari hingga 6 Januari 2011. Pelajar didedahkan tentang pakej - pakej subjek yang akan diambil, prospek pekerjaan selain sesi motivasi yang amat menyeronokkan. 

Untuk sesi petang pula, orientasi bagi Tingkatan 1 dan Peralihan diteruskan sepanjang minggu. Pelajar - pelajar baru ini didedahkan tentang pengurusan disiplin sekolah, pengurusan masa dan diikuti oleh sesi motivasi dan nyanyian lagu - lagu wajib di sekolah. Terima kasih kepada semua guru - guru dan kaunselor yang terlibat. Arigato!





 Antara barisan guru yang hadir
 Sesi orientasi Tingkatan 4 bermula
 
 Alamak otak tak cukup oksigen plak.... cover mulut!

Pendaftaran Tingkatan 1 dan Peralihan

Selamat datang pelajar baru! Pendaftaran pelajar baru telah berlangsung pada 30 Dis hari Khamis yang lalu. Harapan para guru di sini agar semua pelajar baru dapat menyesuaikan diri dan berazam menjadi insan yang lebih baik demi masa depan yang cemerlang.

Berikut adalah gambar - gambar yang diambil sepanjang sesi pendaftaran.

Friday, January 14, 2011

Mesyuarat Guru Kali Pertama 2011

Mesyuarat guru kali pertama untuk tahun 2011 telah diadakan pada hari Rabu 29 Dis yang lalu di Sanggar Ilmu. Pengetua telah mengumumkan seramai 7 orang guru telah melapor diri iaitu:
1.  Pn. Sara Annun bt Zakaria
2.  Pn. Nooraizah bt Mohd Isa
3.  Pn. Hazwah bt Mohamad
4.  En. Tan Yu Heng
5.  Cik Nabila Soraya Hani bt Mohd Ayub
6.  Cik Mariam bt Mahad Nor
7.  (cikgu cuti bersalin)


Tahniah juga diucapkan kepada En. Ahmad Fuad b. Buhuri kerana dilantik menjadi Guru Cemerlang Pendidikan Seni Visual DG44 di SK Bandar Pontian.

Dalam mesyuarat kali ini pengetua menyatakan kelegaannya dalam keputusan PMR baru - baru ini di samping memberi kata - kata semangat kepada semua guru untuk mencapai lebih kecemerlangan pada masa akan datang.