Wednesday, May 26, 2010

Kejohanan Balapan dan Padang MSSM

Bersempena kejohanan MSSM di Stadium Larkin pada 18 hingga 22 Mei 2010, SDAHA telah menghantar wakil ke MSSM tersebut. Seorang anak didik SDAHA iaitu Loi Liang Ju dari kelas 5 Perdana telah memenangi pingat perak P18 Balapan dan Padang.


Loi Liang Ju Menerima Sijil dan Pingat dari Tuan Pengetua

Seorang lagi pelajar SDAHA iaitu Nur Radhiatunnisa bt Abdullah mendapat tempat kelima bagi acara jalan kaki P15 dan terpilih untuk memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Pertandingan Roket SDAHA 2010


Pada 22 Mei 2010, satu pertandingan roket telah diadakan di padang sekolah sempena Minggu Sains dan Matematik. Petandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang sains dan teknologi. Pelajar yang menang akan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Kumpulan Surrender.



Sambutan Hari Guru SDAHA 2010

Pada 17 Mei 2010 yang lalu, telah diadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Tema tahun ini ialah Guru Penjana Negara Bangsa. Pelbagai acara telah diadakan bermula dengan perarakan para guru dengan diiringi paluan kompang ke Dataran Ilmu diikuti dengan nyanyian lagu, ikrar dan persembahan pelajar. Pelbagai persembahan oleh pelajar antaranya ialah nasyid, boria, tarian zapin, tarian shuffle dan persembahan tarian oleh guru-guru.
Guru-guru SMKDAHA 2010

Tarian Boria antara Persembahan Pelajar

Jamuan Makan untuk Guru-Guru

Tuesday, May 11, 2010

Penyampaian Hadiah Minggu Bahasa

Sempena Minggu Bahasa yang telah dijalankan, pihak sekolah telah bermurah hati menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar  yang mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan pada perhimpunan yang lepas. 

 Tuan Pengetua Menyampaikan Hadiah kepada Pelajar yang Menang



 Seorang Pelajar yang Mewakili Sekolah untuk Pertandingan Public Speaking

 Tahniah diucapkan. Diharap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Selain dapat mencungkil bakat pelajar, program ini juga amat bermanfaat kepada semua.

Bowling Peringkat Daerah

Sempena sambutan Hari Guru, SMKDAHA telah menghantar wakil ke peringkat daerah untuk perlawanan bowling. Perlawanan antara sekolah-sekolah ini dibuat di Plaza Pontian pada 8 Mei yang lepas. Sekolah kita telah menghantar 2 kumpulan iaitu cikgu Norfikri, cikgu Zahiruddin, cikgu Muslim dan cikgu Wan Rodiah untuk kumpulan pertama. Manakala kumpulan kedua terdiri daripada cikgu Nasharuddin, cikgu Halil, cikgu Nazir dan cikgu Sarimah.

Guru-guru yang Mewakili SMKDAHA 


Lontaran Bergaya daripada Cikgu Zahiruddin

Cikgu Odi  Bersemangat Membuat Balingan

 Pegawai PPD , Encik Othman turut Serta

SDAHA telah mendapat tempat ketiga dalam perlawanan tersebut. Tempat pertama dimenangi SK Andek Mori manakala tempat kedua dimenangi SMK Ayer Baloi. Tahniah diucapkan!

Petanque Peringkat Sekolah

 Cikgu Nasharuddin dan Cikgu Bahtiar Memulakan Permainan

Sempena sambutan Hari Guru, pertandingan petanque peringkat sekolah telah diadakan di gelanggang petanque sekolah pada 8 Mei yang lepas. Penyertaan daripada guru-guru amat menggalakkan. Seawal 8 pagi, para guru telah berkumpul untuk memulakan permainan.

GPK 1, Cik Mahidah Kosnan turut mengambil bahagian.

Tempat pertama dimenangi oleh Kumpulan Cikgu Muzammir, Cikgu Aireen dan Cikgu Aida

Tempat Kedua dimenangi oleh Cikgu Fikri, cikgu Ain dan Cikgu Siti Fatimah

Tempat Ketiga dimenangi oleh kumpulan cikgu Muslim, cikgu Hairuyana dan cikgu Faridanura

 Para Pelajar Turut Membantu Guru Menyelaras Pertandingan

Tempat pertama dimenangi oleh kumpulan Selembut Sutera yang terdiri daripada cikgu Muzammir, cikgu Aireen dan cikgu Aida. Tempat kedua dimenangi kumpulan Meet Uncle Fifi yang terdiri daripada cikgu Fikri, cikgu Ain dan cikgu Timah. Tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan cikgu Muslim, cikgu Yana dan cikgu Faridanura. Tahniah diucapkan. Diharap aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang untuk mengeratkan silaturrahim.

Monday, May 3, 2010

Permata Pintar



Ujian PERMATApintar UKM1 bermula dari 1 Mac 2010 hingga 31 Mei 2010. Ujian ini adalah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja. Ujian ini boleh dilakukan sama ada di sekolah, rumah, cybercafé atau dimana sahaja terdapat capaian internet. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.
1. Perkhemahan PERMATApintar Negara di UKM (untuk pelajar berusia 9-15 tahun)
2. Perkhemahan PERMATA Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar berusia 8-12 tahun)
3. Akademi PERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas (untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2010 yang akan memasuki tingkatan 4 Akademi pada tahun 2011).

Sehubungan itu, Unit ICT SMKDAHA telah mengadakan ujian permata pintar di makmal komputer bermula dari 27 April hingga 31 Mei. Pelajar yang terlibat ialah pelajar Tngkatan 1 hingga Tingkatan 3.

Sunday, May 2, 2010

Bulan Sains dan Matematik

Bulan Sains dan Matematik telah dirasmikan pada 3 Mei 2010 oleh Tuan Pengetua. Pelancaran roket telah dilakukan sebagai perasmian majlis oleh beliau.





 Tuan Pengetua Memberikan Ucapan

Perasmian Pelancaran Roket
Cenderamata oleh Puan Awiyah (Ketua Bidang Matematik dan Sains) kepada Tuan Pengetua

Beberapa aktiviti akan dipertandingkan dan semua pelajar dialu-alukan untuk terlibat. Aktiviti tersebut ialah :
a) Pertandingan Mind map dan Word Puzzle Science (3-7 Mei)
b) Info Sains (3-7 Mei)
c) Kuiz Matematik dan Puzzle (3-7 Mei)
d) Portable Cooking with Nature (15 Mei)
e) Roket- Parachut (15 Mei)
f) Pertandingan kereta solar (22 Mei)
g) Pertandingan bot solar (22 Mei)
h) Pertandingan Saintis Muda (22 Mei)
i) Science show (22 Mei)


Untuk makluman lanjut mengenai pertandingan berikut, sila kemukakan pertanyaan anda kepada guru-guru Sains dan Matematik kelas masing-masing. Penyertaan daripada semua pelajar SMKDAHA sangat dialu-alukan kerana hadiah menarik telah disediakan.

Minggu Bahasa

Sempena minggu bahasa pada 23 April 2010, telah diadakan beberapa aktiviti yang menarik. Antaranya ialah
a) penulisan cerpen
b) pertandingan pidato
c) mendeklamasi sajak / syair kata
d) kuiz teka silang kata
e) pertandingan syarahan
f) pertandingan menulis surat kepada tuan pengarah